BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minyak Hitam zero friction. Jom Bincang

sanz

Super Active Member
Messages
5,913
Joined
Jul 30, 2008
Messages
5,913
Reaction score
486
Points
81
Platinum Motor Oil
POG-MB-01.jpg

http://www.youtube.com/watch?v=0Zm0Rh9zM-w


Hymin Oil
Hymin-Posters-A3.png

http://www.youtube.com/watch?v=dCsWMpwPQ58

Motorman Frigon Oil
motorman-Large-1024x683.png

http://www.youtube.com/watch?v=vJQMfszdCpM

Bell Performance X-tra Lube Engine Lubricant
sliderd_xtralube.jpg

http://www.youtube.com/watch?v=pqM8wdaHBaQ



harap anda semua lihat dulu video diatas.

persoalan disini.

Apa kelebihan produk ni kalau nak compare dengan produk yang dah memang strong. contoh mobil, vr7, shell, idemitsu , eneos dan lain..

ada sape2 pernah pakai produk diatas boleh tolong compare sebab diatas ada 4 produk yang lepas ujian friction. cuma kita tak tau genuine ke tidak sebab brand minyak diatas masih lagi baru.

apa sebenarnya ukuran untuk kualiti minyak?

nak percaya video tersebut memang susah sebab ketulenan minyak dalam botol tersebut mungkin telah diubah.

produk nombor 1 dan 2 adalah dari malaysia. lagi la aku jadi skeptical.
 
Salaam,...

Eden belum tengok video tu semua..
InsyaAllah kejap lagi eden tengok..
Tp sebagai Pra Kata berkaitan Zero Friction(Tanpa Geseran)....
Ia adalah suatu yg tidak mungkin...

Geseran mungkin boleh dikurangkan tp mustahil utk di'tiada'kan..

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Salaam,...

Eden dah tengok semua video tu..

Pertama sekali..
Minyak yg dibuat perbandingan boleh 'dituduh' berat sebelah..

Apabila perbandingan dibuat dgn sesuatu minyak,
semua jenis minyak perlu dimaklumkan jenisnya..
Bukan sekadar bagitahu "Ini minyak enjin Shell ye"...
Makluman macam tu tak memadai..
Kena bgtahu model sekali..
Cth : Shell Helix Ultra 5w-50 API SM:CF / Valvoline Premium Blue API SL:CI4+

Utk mudah jelas maksud eden..
Adakah adil jika dibandingkan Mineral kepada Synthetic...?
Minyak dia(penjual), dia buat test atas minyak terbaik..
Utk minyak pesaing, dia pilih minyak yg kokak...
Off course la 'dia' menang..

Yg Ke Dua..
Sekalipun si penjual declare minyak pesaing tu secara terperinci,..
Adakah kaedah ujikaji yg digunakan tu tidak mempunyai sebarang ralat..
Mesin yg penjual2 ni guna sebagai alat ujikaji boleh dikatakan terlalu ringkas,..
Maksud eden, tak memadai utk membuktikan minyak mereka tu bagus..

Ada mesin lain yg lebih kompleks yg melibatkan ujikaji terhadap geseran
melibatkan penambahan AIR dan PASIR pada minyak enjin.
Mesin yg kompleks macam tu pun telah dibuktikan mempunyai ralat.
Yakni tidak dapat dianggap sebagai simulasi keadaan sebenar enjin.
Ini dipertikai sendiri oleh pengeluar minyak seperti MOBIL, SHELL
dan syarikat minyak lain.
(Kalau tak salah, American Petroleum Institute pun pertikai)

Kaedah yg betul utk mengetahui situasi geseran yg berlaku dalam enjin
adalah dengan melakukan 'Used Oil Analysis'..
Kaedah ini dapat mengesan sebarang kehausan yg berlaku dalam enjin
dan kaedah ini telah menjadi satu 'trademark'(garis panduan) bagi menentukan
samada sesuatu minyak enjin itu bagus atau tidak.
(kaedah ini pun masih belum lengkap)

Yg Ke Tiga..
Berkaitan Oil Additive/Treatment..
Ni eden cakap secara peribadi...
I will not use any Oil Additive/Treatment in my engine..

Cuba buat ujikaji...
Beli 4 Liter minyak, buh dalam satu bekas yg terbuka.
Pastu tuang satu botol/tin Oil Additive/Treatment dalam bekas yg terbuka tu.
Kebanyakan Oil Additive/Treatment ni akan mengubah 'fizikal' minyak enjin tu.(makin pekat)..
Maka boleh dikaitan berlaku perubahan 'Properties' minyak..
Dalam keadaan ni Viscosity mungkin berubah..
Flash Point mungkin turut berubah..
Dan kita tak dapat jamin Oil Additive/Treatment tu stabil jika dicampur dgn minyak enjin..
(minyak enjin dengan minyak enjin yg lain pun ada yg tak stabil bila dicampur, bukan semua, majoriti adalah stabil)

Ringkas kata minyak enjin tu dah berubah kepada minyak enjin yg lain..
Cth :
Shell Helix Ultra + STP Oil Treatment = Minyak Enjin A
Petronas Syntium 1000 + STP Oil Treatment = Minyak Enjin B
Caltec Delo 400 + STP Oil Treatment = Minyak Enjin C

Maka Minyak Enjin A,B,C adalah masing2 tidak sama hasil 'properties' walaupun
dicampur dgn Oil Additive/Treatment yg sama.

Hanya 2 situasi yg mungkin akan buat eden tuang Oil Additive/Treatment ni dalam enjin eden.
Minyak Enjin dan Oil Additive/Treatment dikeluarkan oleh syarikat yg sama
dan syarikat mengisytiharkan telah menguji Oil Additive/Treatment tersebut
dgn semua rangkaian minyak enjin dia, dan..
Jika eden guna Minyak SAWIT dalam enjin eden, baru eden guna Oil Additive/Treatment..

p/s : betulkan eden jika eden salah.

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
10w50? pekatnye.
better protection mungkin la tapi save fuel?:-?
 
10w50? pekatnye.
better protection mungkin la tapi save fuel?:-?

Salaam,...

Angka belakang lebih tinggi doesn't necessarily means better protection,..
Macam abang sepatsiam cakap, MUNGKIN...

Angka belakang tinggi ni, biasanya beri kesan enjin 'kurang gegaran'...

Off course tak save fuel..
Lagi pelahap kalau dibuat perjalanan dalam bandar atau jarak dekat..
 
persoalan disini.

Apa kelebihan produk ni kalau nak compare dengan produk yang dah memang strong. contoh mobil, vr7, shell, idemitsu , eneos dan lain..

ada sape2 pernah pakai produk diatas boleh tolong compare sebab diatas ada 4 produk yang lepas ujian friction. cuma kita tak tau genuine ke tidak sebab brand minyak diatas masih lagi baru.

apa sebenarnya ukuran untuk kualiti minyak?

nak percaya video tersebut memang susah sebab ketulenan minyak dalam botol tersebut mungkin telah diubah.

produk nombor 1 dan 2 adalah dari malaysia. lagi la aku jadi skeptical.

Salaam...

Utk tahu kelebihan produk mereka,..
tiada cara lain kecuali menCUBA...
VR7 tu kalau tak silap, jenama NASA..
Tp bukan bererti minyak tu dari NASA USA..
Setahu eden, tu minyak Malaysia..

Apa yg dimaksudkan dengan Genuine...?
Risau minyak RECYCLE ke...?
Minyak RECYCLE tiada masalah jika digunakan..
Valvoline adalah antara penghasil minyak enjin dari sumber RECYCLE..

Ukuran kualiti minyak boleh dilihat pada piawaian yg ada pada minyak tersebut..
Cth : API SG / SH / SJ / SL / SM / SN / CF / CG / CI-4 / CI-4+

Tp kalau disertakan dgn logo DONUT API SERVICE tu barulah boleh
anggap kualiti minyak tu terjamin..
Kalau sekadar tulis "Exceeds API S*", tu tak dapat nak jamin kualitinya..
Bukan bererti tak bagus..
Contoh minyak yg selalu guna "Exceeds API S*" ni adalah Castrol dan NASA..

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
ambo skrg cuba platinum oil...kata pengedarnya bagus...ambik yang sintetik gold..nk tgk jimat minyak ke pelahap minyak..katanya budak2 raciing keta guna minyak ni...
 
ambo pakai maxoil..rasanya enjin lebih senyap berbanding yg sama ngan rega dengannya
 
Salaam,...

Eden belum tengok video tu semua..
InsyaAllah kejap lagi eden tengok..
Tp sebagai Pra Kata berkaitan Zero Friction(Tanpa Geseran)....
Ia adalah suatu yg tidak mungkin...

Geseran mungkin boleh dikurangkan tp mustahil utk di'tiada'kan..

yg mencari ilmu
faisal_moukei

sokong...:D
 
zero friction tu saja nak exaggerate je for marketing purpose..sama la macam letak gambar2 kat kotak rokok..x bermaksud semua smoker kena macam dalam gambar tu pun..cuma nak portray sifat dia in an excessive manner..
 
Back
Top
Log in Register