myroadtax.com
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,906
Paid Membership
- Joined
- Feb 12, 2014
- Messages
- 25,906
- Reaction score
- 585
- Points
- 161
Minta tolong semua pakar kereta CG dan juga pomen masuk... terima kasih.

Kereta Kembara DVVT 1.3 tahun 2004 transmisi auto. Kereta dah masuk 13 tahun dan tak pernah ada masalah major kecuali tukar kompressor penghawa dingin tahun 2010. Tukar pun ambik yang refurbish kerana nak bajet.
Tahun ni kereta ada meragam sikit sebulan sebelum puasa.
Kereta saya akan bergetar bila masuk gear D dan tekan brek. Kalau masuk gear N atau P, tiada masalah.
Kerja di Kuala Lumpur jadi memang menghadap jem pergi dan balik 5 hari seminggu. Tangan asyik kena tukar masuk gear N dan D, dah macam bawa kereta manual pulak.
Biasanya enjin senyap dan getaran tak terasa. Ini kereta akan bergetar perlahan ke kuat dan sampai seluruh kereta bergegar.
Paling teruk jadi kes masa cuaca panas melampau seminggu sebelum puasa tu. Dia bergegar kuat sangat sampai enjin nak mati. Punyalah kuat bergegar sampai kereta sebelah semua pandang kereta saya.
Jadi sekarang setiap kali berhenti di lampu isyarat atau dalam jem saya akan tukar ke gear N. Kalau dulu tekan brek dan gear biarkan di D dah cukup.
Kebetulan, bengkel yang biasa pergi tu tutup jadi saya ke bengkel 4x4 dekat rumah. Lepas pomen test drive dan periksa, dia kata kena tukar spark plug dan juga cuci throttle body. Saya setuju buat dan kena RM100.
Malangnya masalah masih ada dan tak hilang. Enjin masih bergetar. Bila masuk N dan P sahaja baru enjin senyap.
Selepas raya dan gaji masuk, kebetulan mileage dah sampai untuk servis. Mileage sekarang adalah 184,030km dan seperti biasa, setiap 5,000km saya akan hantar servis. Guna minyak enjin Eneos semi sintetik kerana nak bajet. Sebelum 100,000km dulu memang guna Shell semi sintetik sahaja.
Selain itu masa nak servis, saya beritahu pomen masalah kereta. Pomen kata itu masalah brek disc dan brek pad haus. Jadi saya pun pilih untuk tukar.
Tetapi malangnya lepas servis dan tukar brek disc dan brek pad pun kereta masih bergetar. Cuma kali ini getaran dia walaupun kuat, takdelah sampai seluruh kereta bergegar.
Minta tolong semua pakar kereta berikan pandangan dan cadangan.
Terima kasih sekali lagi.