BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta polis siasat FB

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hairul Nizam (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Kuala Langat selepas menerima fitnah mengenai Pemuda Pas Kuala Langat menolak hudud.​

BANTING - Pemuda Pas Kuala Langat membuat laporan polis berhubung fitnah yang disebar pihak tertentu terhadap mereka berhubung isu menolak hudud dan tidak bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ahad lalu.

Ketua Pemuda Pas Kuala Langat, Hairul Nizam Tohar berkata, pihak mereka amat kesal dengan sebaran itu yang dilakukan tanpa usul periksa.

"Kami telah minta polis menyiasat pemilik akaun Facebook dan penyebar fitnah berkenaan kerana dalam mesyuarat berkenaan langsung tidak menyentuh soal hudud," katanya mengulas laporan Sinar Harian kelmarin yang bertajuk 'Pas Kuala Langat kesal difitnah tolak hudud'.

Dalam perkembangan lain, pihak Pemuda Pas Kuala Langat menyambut baik titah Sultan Selangor sewaktu perasmian sidang Dun Selangor berhubung isu golongan belia di negeri ini.

Hairul Nizam berkata, pihaknya bersetuju dengan penegasan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempedulikan golongan belia di Selangor dan mengambil kira soal pembangunan infrastruktur sukan.

"Sebab itu kami pembangunan bola sepak di Selangor perlu diberi perhatian serius serta suntikan dana khas bagi membantu pembikinan pelapis di dalam Akademi Pembangunan Bola Sepak Selangor," katanya.
 
Back
Top
Log in Register