BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta Pandangan Wiring Suis

TT, gambar tu gambar hiasan ke gambar real. Kalau nak tambah soket boleh jer loop dari soket yang sedia ada dalam gambar. Tak bleh ambik dari suis lampu sebab dlm tu takde neutral & earth.
 
Kalau nk wiring palam 3 pin (bahasa melayu) @ 3 pin socket lebih baik ambik dari punca DFB(Distrabution Fuse Box) atau kotak fius utama.

Pastikan guna wayar 7 lembar @ 7 core wire untuk socket 3 pin.
Kena ada 3 wire untuk socket.

1. Live wire/wayar hidup.(Incoming).
2. Neutral wire/wayar neutral.(Outgoing).
3. Earth wire /wayar bumi.
 
Tt x tau apa2 jangan buat.

Kluar duit sikit biar yg pandai buat.
 
mn TT ni,senyap dh,dh kena karen ke,huhu :D
nk senang TT loop je pd plug soket yg ada tu
 
klu nk buat soket bru x boleh tarik terus dri point lampu,kena cri soket terdekt klu nk save wayer.kena tgok juga soket tu nk guna tuk apa,klu aircond atau peti ais kena derek ke mcb selmt
 
Wiring soket tidak boleh looping dari poin suis tapi boleh looping dari soket sedia ada jika beban pada litar soket tersebut masih mencukupi. Untuk wiring soket memerlukan wayar saiz 2.25mm @ 2.5mm pvc yang diluluskan. Selalunya guna wayar merah untuk live, hitam untuk neutral dan hijau untuk bumi. Jika poin soket dibuat dari DB, spare MCB bersaiz 16A@20A akan digunapakai. Outgoing dari mcb ini merupakan wayar merah untuk soket. Terminal neutral untuk wayar hitam dan terminal bumi untuk wayar hijau. Berhati2 semasa membuat sambungan di DB seeloknya tutup suis utama atau cabut fius hidup dekat panel meter tnb. Kekuatan karen soket ni amat kuat berbanding karen poin lampu kipas. Harap membantu tt.:)
 
untuk pelajaran TT..

boleh..buka la suiz tu..cer sambung...
 
Assalammualaikum
Suis lampu tidak boleh di ambil sebagai soket alur keluar sebab tidak ada neutral, kalau nak looping pun kena tengok pada kegunaan soket tersebut juga, biasanya satu pemutus litar kenit (mcb) 16 amp dibenarkan untuk dua soket alir keluar sahaja,saiz kabel untuk soket alir keluar ialah 2.5mm.
Kalau nak lebih senang,upah jer saya...hehehe promote !!.. sy buat part time keje nie..sy berdaftar ngan suruhanjaya tenaga sijil wireman n chargeman..jgn risau.
 
Back
Top
Log in Register