TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Dua anggota unit MPV ditahan anggota SPRM
Kangar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua anggota unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah di sempadan Kedah-Perlis hari ini kerana meminta wang rasuah
Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata, mereka berusia 30-an dan 50-an itu ditahan bagi membantu siasatan kes permintaan wang rasuah sebanyak RM4,000 daripada seorang pengedar ketum
Menurutnya, pengedar ketum itu sebelum ini pernah ditahan dan wang rasuah terbabit sebagai jaminan tidak mengambil tindakan ke atas kesalahannya
“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media tadi
http://www.hmetro.com.my/node/216678
2 anggota polis direman 4 hari
![]()
KANGAR: Dua anggota polis direman empat hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan meminta suapan, petang semalam.
Perintah tahanan reman ke atas kedua-dua anggota berusia lingkungan 30-an dan 50-an yang masing-masing bertugas di unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu itu dikeluarkan Majistret Mohd Azhar Hamzah.
Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, secara berasingan menaiki kenderaan milik SPRM.
Suspek pertama berpangkat Koperal yang memakai baju biru dengan penutup muka tiba di perkarangan mahkamah jam 9.25 pagi, disusuli suspek kedua berpangkat Sarjan kira-kira 10 minit kemudian.
BH hari ini melaporkan dua anggota MPV ditahan SPRM Perlis kira-kira jam 1 tengah hari semalam, di sempadan Kedah-Perlis kerana dipercayai meminta rasuah.
Pengarah SPRM negeri, Yaacob Angah, berkata anggota dipercayai meminta suapan RM4,000 daripada pengedar ketum yang pernah ditahan sebelum ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lebih lima kali suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
http://www.bharian.com.my/node/265064