TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Dulu model ikon dunia, MINI lebih sinonim dengan rekaan tiga pintu, namun selepas generasi ketiga MINI diperkenalkan pada Mac lalu, pengeluarnya mengorak langkah memperkenalkan model dengan ciri lima pintu bagi meneruskan legasi jenama kereta kompak yang popular dari Britain ini.
Meskipun MINI mempunyai versi lima pintunya menerusi model Countryman, kehadiran model terbaru ini menjadi fenomena baru bagi peminat kereta tempatan, khususnya yang berkeluarga kecil namun ingin memandu sebuah kereta untuk kegunaan harian dengan gaya urban dan moden di Malaysia.
MINI Cooper S 5-Pintu ini adalah 16 inci lebih panjang berbanding MINI asal dan demi menyerlahkan lagi karakternya yang mampu menawarkan lebih ruang serta jumlah pintunya, rekabentuk MINI baru ini adalah sepanjang 3,982mm, selebar 1,727mm dan memiliki ketinggian 1,425mm.
Semua ukuran ini sesuai dengan penambahan dua pintu, selain memudahkan urusan keluar masuk penumpang di tempat duduk belakang dan penambahan panjang badan MINI Cooper S 5-Pintu turut meningkatkan ruang kargo sebanyak 67 liter menjadi 278 liter, berbanding model MINI tiga pintu.
Ia juga memiliki 77 mm lebih ruang kaki, dan lebih 15 mm untuk ruang kepala berbanding dengan model tiga-pintu manakala tempat duduk belakangnya boleh dilipat secara 60:40, ia memberi kapasiti sehinggi 941 liter keseluruhan bagi ruang kargo yang membolehkan lebih banyak barangan dimuatkan.
Elemen standard yang ditampilkan termasuk penggunaan LED sepenuhnya bagi lampu utama, lampu kabus dan lampu belakang, lampu pencahayaan siang LED, Kawalan Jarak Parkir belakang, rim aloi 17-inci dua tona Roulette Spoke yang dibaluti tayar 205/45, serta lampu dan bilah penggilap cermin automatik.
Bahagian kabinnya sangat kemas dengan padanan tempat duduk balutan kulit Cross Punch Carbon Black bercirikan sports untuk pemandu dan penumpang depan. Ia juga dihiasi dengan kekemasan garisan krom untuk bahagian kabin dengan material Anthracite pada bahagian bumbung.
Menambah lagi sifat sporty ialah pemilihan material kulit JCW bagi balutan untuk roda stereng dan pedal penukar gear dengan jahitan berwarna merah. Ia turut menampilkan ciri MINI Connected bagi integrasi telefon pintar, skrin paparan bersaiz 6.5 inci MINI Visual Boost dengan lima kawalan utama iDrive-style serta MINI Excitement.
Model itu turut dijana oleh enjin petrol MINI TwinPower Turbo Technology bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa maksimum mencecah 141kW/192hp dan tork 280Nm.
Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik Sport enam-kelajuan yang membolehkan jentera ini dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 6.8 saat. Malah ia boleh dipacu dengan kelajuan maksimum sehingga 230 km/j.
MINI 5-Pintu ini juga dikatakan mampu menggunakan bahan api secara efisien iaitu 5.5 liter bagi setiap 100 km dengan emisi CO2 129g per km, selain dipadankan ciri sistem auto start-stop serta menawarkan enam beg udara sebagai aspek keselamatan standard.
Diimport sepenuhnya (CBU) dari United Kingdom, model diedarkan oleh BMW Group Malaysia itu ditawarkan pada harga atas jalan RM238,888 (tanpa insurans) dan turut didatangkan dengan program MINI Service Inclusive iaitu waranti selama tiga tahun atau 50,000 km (mana yang tiba terlebih dulu).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16105#sthash.JHGzI1Om.dpuf