BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Ingin Anda Terus Hidup Sebagai Bot Digital

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Microsoft kini dilihat telah memfailkan sebuah paten yang membolehkan seseorang itu terus hidup sebagai sebuah bot digital. Melalui paten Microsoft ini, ia mengambil data kandungan daripada seseorang pengguna – termasuk penulisan, mesej elektronik, perkongsian media sosial, imej, dan sebagainya, sekaligus menggunakan kecerdasan buatan untuk melatih bot berkenaan supaya menyerupai bagaimana seseorang itu berkomunikasi.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan sesuatu bot digital itu lebih menyerupai manusia. Sekiranya paten ini direalisasikan, ia semestinya akan membantu dalam pembangunan sistem khidmat pelanggan secara digital – tetapi menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baiik.

Pada masa yang sama, ia juga boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan seseorang – walaupun telah mati, dan mendapatkan maklumbalas dengan gaya seumpama orang sebenar tersebut sendiri.

Screenshot-3581.jpg

Sumber asal https://pdfpiw.uspto.gov/.piw?PageNum=0&docid=10853717&IDKey=6E72242A6301
 
Back
Top
Log in Register