BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Michael Jackson selamat dikebumikan

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
LOS ANGELES - Keluarga Raja Pop, Michael Jackson memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah penyanyi itu di tanah perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills semalam.

Satu rombongan keluarga Michael yang menaiki kereta dengan diiringi polis tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia).

Tiga anak Michael merupakan antara tetamu yang awal keluar dari kereta dan memasuki bangunan di tanah perkuburan itu. Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu kerana degupan jantungnya terhenti.

Kebanyakan tetamu memakai pakaian berwarna hitam dan memeluk abang Michael, Jermaine yang beragama Islam ketika mereka memasuki bangunan di tanah perkuburan tersebut.

Jenazah Michael yang ketika hidupnya mesra dengan panggilan Jacko kemudian dipindahkan ke Pusat Staples di sini untuk disaksikan oleh peminat-peminatnya.

usat tersebut mampu memuatkan 20,000 orang tetapi ramai lagi peminatnya berada di luar bangunan tersebut untuk menghadiri majlis yang penuh bersejarah itu. - Agensi


du_01.3.jpg


du_01.4.jpg


du_01.1.jpg
 
Last edited:
kebumi jugak akhirnye
 
abih tu...otak jacko ni nak buat apa plak?
nak pasang kat sapa?
 
Back
Top
Log in Register