BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Michael Schumacher meninggal dunia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,566
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,566
Reaction score
349
Points
141
3393847.webp

Penulis biografi terkenal yang berpangkalan di Wisconsin, Michael Schumacher, dilaporkan meninggal dunia.

MADISON – Penulis biografi terkenal yang berpangkalan di Wisconsin, Michael Schumacher, dilaporkan meninggal dunia pada 29 Disember lalu pada usia 75 tahun.

Saluran berita NDTV melaporkan, pemergian tokoh penulisan yang disegani itu disahkan oleh anak perempuannya, Emily Joy Schumacher, namun punca kematian tidak didedahkan kepada umum.

Schumacher dikenali menerusi karya-karya biografi berprofil tinggi, antaranya Francis Ford Coppola: A Filmmaker’s Life, Crossroads: The Life and Music of Eric Clapton serta Dharma Lion, sebuah biografi mengenai penyair Beat terkenal, Allen Ginsberg.

Selain itu, beliau turut menghasilkan buku Mr Basketball yang mengisahkan kehidupan legenda bola keranjang NBA, George Mikan.

Bagaimanapun, pengumuman kematian penulis tersebut menimbulkan kekeliruan di media sosial dan internet susulan persamaan nama dengan bekas juara dunia Formula Satu tujuh kali, Michael Schumacher. – Agensi

 
Back
Top
Log in Register