eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LOS ANGELES 10 Julai - Penyiasat yang menyiasat kematian Michael Jackson telah memperoleh sepina untuk mendapatkan rekod perubatan daripada doktor-doktor Raja Pop itu, sementara ketua jabatan polis Los Angeles tidak menolak kemungkinan berlakunya pembunuhan.
Akhbar Los Angeles Times semalam melaporkan, koroner telah menuntut semua rekod yang disimpan oleh beberapa doktor yang merawat Jackson, 'termasuk rekod radiologi dan psikiatri' sebagai sebahagian siasatan mengenai kematian penyanyi tersebut pada 25 Jun lalu.
Sementara itu, ketua polis Los Angeles, Bill Bratton memberitahu CNN, mereka sedang menantikan 'pengesahan daripada pejabat koroner mengenai punca kematian.'
Bratton berkata, mereka sedang meneliti 'sejarah penggunaan ubat preskripsi oleh Jackson serta doktor-doktor yang pernah merawatnya sejak bertahun-tahun lalu,"Katanya, laporan toksikologi dijangka menentukan punca kematian tetapi beliau tidak menolak kemungkinan Jackson mati kerana terambil ubat berlebihan atau kerana dibunuh. - AFP