BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MIC Anjur Fun Run Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

MIC Anjur Fun Run Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80​

a1d37f5eae608d489f0ba76d464094f86a6034c87afe1

Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah - Kredit: MIC

MIC akan menganjurkan acara Fun Run secara serentak di semua 137 bahagian pada 26 Julai sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-80 parti itu, kata Naib Presidennya Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata acara utama larian sejauh lima kilometer itu akan berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa di sini dengan Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran akan melakukan pelepasan pada 7 pagi.

Murugiah berkata program itu dijangka menarik puluhan ribu peserta dengan kira-kira 2,000 daripadanya di Taman Tasik Titiwangsa, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami menganjurkan acara ini bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun ke-80 MIC tetapi juga bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia daripada semua kaum,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini.

Beliau berkata Fun Run itu program kelima di bawah sambutan ulang tahun ke-80 MIC, susulan kejayaan penganjuran Koottu Prarthanai (majlis doa khas), hari keluarga, kem perubatan dan aktiviti sukan.

Tiga lagi program juga dirancang termasuk pertandingan pidato pada 8 Ogos sebelum acara kemuncak sambutan di Kuala Lumpur.

Sambutan yang bermula pada Mei lepas menampilkan pelbagai program berasaskan komuniti, bertujuan memperkukuh penglibatan dengan orang ramai dan mempromosikan perpaduan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register