BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MetMalaysia Keluar Nasihat Taufan Kalmaegi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
cd0e15a5e64585fe2215765e67aa628c690b676c01d6e

fb Malaysian Meteorological Department

Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina dikesan berada kira-kira 405 kilometer (km) dari barat laut Kudat, Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan Kalmaegi kini berada pada kedudukan latitud 12.5 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 627 km ke Barat Laut Puerto Princesa, Filipina.

Berdasarkan pencerapan MetMalaysia pada 8 malam ini, taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 km/j dan potensi kelajuan maksimum ialah 194 km/j.

"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan di Sabah dan Labuan serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.

Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang hari ini manakala puluhan lagi hilang dan cedera.

Secara keseluruhan, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina.

 
Back
Top
Log in Register