kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Mesra bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar simpan memori – Izzue Islam
IZZUE menegaskan tidak pernah berniat untuk menayang kebahagiaan bersama isteri dalam media sosial sebaliknya hanya sekadar untuk kenang-kenangan.
"Mesra bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar simpan memori – Izzue Islam" PETALING JAYA – Sering mempamerkan kemesraan bersama isteri, pelakon dan penyanyi Izzue Islam menegaskan tindakan tersebut dibuat bukan atas niat mahu menunjuk-nunjuk kepada umum.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, bersyukur sekiranya perkongsian tersebut menjadi contoh kepada pasangan lain.
“Apa yang dikongsikan bukan untuk menunjuk, sekadar menyimpan memori. Kalau ada yang melihatnya positif atau boleh dijadikan inspirasi, alhamdulillah.
“Kalau ada yang menganggap kami menunjuk-nunjuk pun, itu hak mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media Hotlink Geng Bijak Berbajet (GBB), baru-baru ini.
Mengulas mengenai alam rumah tangga yang dibina, pelantun lagu Suka Sama Suka itu mengakui ikatan perkahwinan tidak terlepas daripada ujian atau perselisihan faham kecil.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pasangan mana yang tak pernah bergaduh? Memang akan ada.
“Cuma, semuanya bergantung kepada cara kita menguruskan rumah tangga.
“Kalau merajuk, janganlah lama-lama, kalau bergaduh pun, jangan berpanjangan,” ujarnya.
Tambahnya, tiada rahsia yang diamalkan dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga melainkan sentiasa menjadi diri sendiri.
“Alhamdulillah, kalau tanya saya, memang tak ada petua istimewa. Apa yang kami kongsikan dalam media sosial memang diri kami yang sebenar.
“Kalau ada momen yang menggembirakan, kami rakam dan muat naik.
“Ini menjadi kenangan untuk kami lihat semula supaya sentiasa ingat jangan bergaduh lama-lama,” jelasnya.
Sekadar info, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin atau Nurinafilah Waharudin merangkap pengurusnya pada 2 Jun 2013. – KOSMO! ONLINE
==============================
Haha, Izzue ni sweet je tapi kan, dia dengan isteri mesra-mesra macam makan gula, kadang sampai kita jeles! Tapi apapun salute sebab tak jual drama rumah tangga. Rileks je.
Mesra bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar simpan memori - Izzue Islam
PETALING JAYA - Sering mempamerkan kemesraan bersama isteri, pelakon dan penyanyi Izzue Islam menegaskan tindakan tersebut dibuat bukan atas niat mahu menunjuk-nunjuk kepada umum.Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, bersyukur sekiranya perkongsian tersebut menjadi contoh...
www.kosmo.com.my