BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesin hasilkan awan berbentuk hati

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
http://www.youtube.com/watch?v=dNwTNBkeCDM
o_1alrr4si615te1j8e1oej1ke681ma.jpg

Salah satu awan tiruan berbentuk hati dilepaskan ke udara.-YOUTUBE​

PHNOM PENH – Jika ada yang berminat untuk menghasilkan awan berbentuk hati, anda kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan mesin keluaran syarikat Khmer Cloud Making Service.

Dinamakan sebagai Khmer Cloud Machine, mesin itu juga mampu menghasilkan beberapa bentuk awan lain termasuk emping salji, bintang, simbol keamanan dan ikan lumba-lumba.

Satu klip video yang dipaparkan di Facebook syarikat tersebut menunjukkan aksi seorang peniaga menghasilkan awan sambil disaksikan orang ramai.

Klip video tersebut sudah ditonton sebanyak 11.6 juta kali, dikongsi sebanyak 160,000 kali dan menerima 50,000 Like.

“Mesin ini memampatkan udara menggunakan campuran cecair khas untuk menghasilkan buih padat dan akan terapung ke udara seperti awan lepas ,” menurut syarikat berkenaan dalam kenyataan di laman webnya.

Antara bahan yang digunakan untuk penghasilan awan tiruan itu ialah gas ringan seperti helium dan surfaktan sabun.

Awan tiruan itu mampu bertahan selama beberapa minit hingga satu jam bergantung kepada adunan formula cecair dan keadaan cuaca semasa.

Portal Huffington Post melaporkan, mesin itu dijual pada harga serendah AS$999 (RM4,063), manakala lima peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal. – Agensi

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4DrW4cXTK
 
Awan? Awan pun taknak ngaku tu sedara dia. DNA lain.
 
idea die mmg menarik.. cantek gak awan bentuk love ni
 
Sia-sia sahaja siapa beli dia orang pertama digelarkan paling B.o.doh. Selepas beli hanya proses buat awan lama kelamaan tinggal begitu sahaja, duit banyak bagi saya, saya tau macamana nak guna duit itu. Buang masa....

Saya sudah tau mengapa keluar berita mengempar seluruh dunia Myanmar menghasilkan mesin berteknologi baru, selama ini puak mereka tahu merusuh membunuh puak Rohingya tiada saintis pakar maka mereka nak lindung kejahatan mereka menunjuk supaya mereka ada orang baik.
 
Last edited:

Ni kat kemboja simon bukan myanmar.:))
 
Back
Top
Log in Register