hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,546
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,546
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Mesin basuh manusia dijual di Jepun
Tokyo: Selepas menarik perhatian pengunjung Ekspo Dunia, sebuah mesin basuh manusia kini dijual di Jepun, kata jurucakap syarikat itu pada 28 November lalu.
Difahamkan, pengguna boleh berbaring di dalam pod, menutup penutup dan dibersihkan seperti pakaian dalam mesin basuh tetapi tanpa putaran, sambil muzik dimainkan.
Prototip itu dipanggil 'human washer of the future' dan menarik pengunjung di Ekspo Dunia
di Osaka. Ekspo itu tamat pada Oktober selepas menerima lebih 27 juta pengunjung.
"Presiden syarikat kami terinspirasi ketika dia berusia 10 tahun pada waktu itu.
"Mesin itu bukan sahaja membasuh badan anda tetapi juga jiwa anda," kata jurucakap Science, Sachiko Maekura, sambil berkata ia turut memantau degupan jantung dan tanda vital pengguna.
Selepas sebuah syarikat resort Amerika Syarikat (AS) menghubungi Science bagi mengetahui sama ada prototip itu akan dikomersialkan, Science memutuskan untuk menghasilkan mesin itu secara sebenar.
Dalam pada itu, Sachiko berkata, sebuah hotel di Osaka menjadi pembeli pertama mesin berkenaan, dan sedang bersedia untuk menawarkan perkhidmatan itu kepada tetamu hotel.
Jelasnya, pelanggan lain termasuk rangkaian runcit elektronik pengguna utama di Jepun, Yamada Denki, yang berharap mesin itu akan menarik orang untuk melawat kedai mereka.
"Sebahagian daripada daya tarikan mesin ini ialah kerana ia jarang wujud, kami merancang untuk menghasilkan hanya kira-kira 50 unit sahaja," kata Sachiko.
Media tempatan melaporkan bahawa harga runcit mesin ini mencecah 60 juta yen (kira-kira RM1.59 juta).