BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesin ATM UM dirompak lagi

RM280,000 dalam 10 minit


RM280,000 dalam 10 minit
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Raja Noraina Raja Rahim dan Kalidevi Mogan
[email protected]

pix_middle

TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.


KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.

Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu.



Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan.

sumber metrok


dari sh...


Mesin ATM dirompak
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mac 2012
SHAH ALAM - Sebuah mesin ATM di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) dipotong dengan peralatan mengimpal sebelum wang tunai berjumlah RM280,000 dilarikan penjenayah dalam kejadian pagi semalam.

Kejadian itu hanya disedari pengawal keselamatan yang melakukan rondaan, kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pengawal keselamatan itu menghubungi polis selepas mendapati satu daripada tiga pintu besi ATM di situ dipecahkan.

“Pemeriksaan forensik mendapati pintu ATM yang menempatkan kotak wang dipotong dengan menggunakan alat pemotong gas.

“Kita percaya kejadian ini berlaku antara jam 12 tengah malam sebelum disedari empat jam kemudian,” katanya.

Menurutnya, tiada rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut dan pihaknya sedang mengesan cap jari bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian ini.

“Orang ramai terutamanya pelajar yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh tiga tahun.





persoalannya, kenapa dlm um bole jadi mcmni? senang sgt diceroboh...
 
Last edited:
hari nih check student mana yang clearkan yuran dobi selepuk.. itu laa saspek.. :D:D
 
sape la lahirkan penyangak2 nie kat dunia nie...menyusahkan org awam!!! :mad:
 
takde CCTV ke ? pulak tu pegawal keselamatan tak meronda ke ? budak lak yg bitau diorg..
 
Mak ai.. Senang je..
Xlama lg ni dia buka kelas belajar buka mesin atm :))
 
pak guard sedar pun dah kul 6.

dia amik masa 10 minit nak pecah ATM maybank. kalau dia pecah semua ATM tu.. lagi masyuk la...ada 3 lagi tak pecah... kalau semua ada amount yg sama... RM280K X 4 mesin ATM = RM 1.120 ....pergh...
 
pak guard sedar pun dah kul 6.

dia amik masa 10 minit nak pecah ATM maybank. kalau dia pecah semua ATM tu.. lagi masyuk la...ada 3 lagi tak pecah... kalau semua ada amount yg sama... RM280K X 4 mesin ATM = RM 1.120M ....pergh...

Bro teritnggal huruf 'M' tuh.. :p

pakgad kawtim laa.. amik share 10% :)paid
 
Back
Top
Log in Register