BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesin ATM UM dirompak lagi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Sebuah mesin ATM di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) dipotong dengan peralatan mengimpal sebelum wang tunai dianggarkan RM280,000, dilarikan penjenayah dalam kejadian awal pagi tadi.

Kejadian itu hanya disedari pengawal keselamatan yang melakukan rondaan, kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pengawal keselamatan itu menghubungi polis selepas mendapati satu daripada tiga pintu besi ATM dipecahkan.

“Pemeriksaan forensik mendapati pintu ATM yang menempatkan kotak wang dipotong dengan menggunakan alat pemotong gas seperti peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja mengimpal.

“Kita percaya kejadian ini berlaku antara jam 12 tengah malam dan 4 pagi sebelum disedari empat jam kemudian,” katanya, semalam.

Katanya, tiada rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut dan pihaknya sedang mengesan cap jari bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian ini.

“Orang ramai terutamanya pelajar yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh tiga tahun.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/mesin-atm-um-dirompak-lagi-1.34153
 
woah!dsat ah.kalo dak2 um yg wat.msti dak engineerg ni.hoho~
 
jaga tak meronda ker... takkan meronda 4 jam sekali kot... ke jaga yang tidur...
 
pak gad UM makan jugak ni...dulu aku ade je dlm kolej time kejadian
 
Apsal ler dorg x letak kamera litar kat kawasan tu... naya2.
 
Bukan ker nak masuk dalam um dah susah skrg...mcm mn laaa penyamun ni boleh selit masuk samun...
 
Pak Guard tido...dah la tak pasang CCTV!!! Dua kali plak tu kena rompak tempat yg sama.
 
Back
Top
Log in Register