BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesej sulung pemimpin IS

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


BAGHDAD - IRAQ . Kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengeluarkan rakaman audio pemimpin mereka, Abu Bakr al-Baghdadi bagi menyangkal khabar angin yang kini tersebar secara meluas susulan serangan udara di Iraq pada awal minggu lalu.

Lelaki yang didakwa sebagai al-Baghdadi itu berikrar untuk terus mengembangkan kegiatan mereka selepas menguasai sebahagian besar wilayah Iraq dan Syria sejak beberapa bulan lalu.

"Jangan khuatir wahai saudaraku, yakinlah kita masih berada dalam keadaan baik dan akan terus mara.

"Tidak lama lagi, bangsa Yahudi dan golongan Salibi terpaksa menghantar pasukan darat mereka untuk berdepan kematian dan kemusnahan," menurut mesej pertamanya yang berdurasi 17 minit.

Sejak awal minggu lalu, nasib 'khalifah' IS itu terus menjadi tanda tanya selepas dia didakwa cedera parah dalam serangan udara yang menyasarkan pemimpin IS berhampiran pangkalan mereka di Mosul, dipetik dari laporan AFP.
 
Allahu Akbar!!! Tak kira siapapun dilantik sebagai Khalifah, perjuangan mengangkat dan meletakkan agama Islam kembali di tempatnya wajib jadi keutamaan.
 
org islam jgk yg back-up yahudi & salibis. tgk dlm negara sendiri sudahlah..munafiq!
 
x lama lg mampus la si dajal munafiq iblis ni... :))
 
menunggu kedatangannya dinegara ini...
 
Back
Top
Log in Register