BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mercedes tembus dinding

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
TULSA (Oklahoma): Seorang pemandu terselamat selepas keretanya merempuh dinding hingga hampir separuh daripadanya terjulur keluar di tingkat tujuh sebuah bangunan tempat letak kereta di sini semalam.

pix_middle


pix_topright


Kejadian berlaku selepas kaki pemandu berkenaan tersepit antara pemecut dengan brek ketika dia berundur.


Kereta Mercedes itu meluncur laju sehingga melanggar dinding menyebabkan ia berlubang dan sebahagian kereta itu terjulur keluar.


Pemandu berusia 67 tahun yang namanya tidak didedahkan bagaimanapun terselamat.


Kejadian itu juga menyebabkan batu dinding itu jatuh menghempap dan memecahkan cermin beberapa kereta yang parkir di bawah.


Jurucakap Jabatan Polis Tulsa, Korporal David Crow berkata: “Mujur tidak ada orang lalu lalang ketika kejadian.” Pihak berkuasa tidak menghadapi kesukaran menarik kereta itu kerana roda belakangnya tidak terkeluar keseluruhannya.


Seorang saksi berkata: “Ia kejadian paling pelik pernah saya lihat. “Bunyinya sungguh kuat. Kami melihat ke atas dan nampak kereta itu menembusi tembok.” Lubang berkenaan kini ditampal sementara dengan papan lapis.


Crow berkata: “Kira-kira jam 1.50 petang, kami menerima laporan mengenai sebuah kereta melanggar tembok.


“Kami tidak dapat bayangkan apa sebenarnya berlaku. “Tetapi apabila tiba di sini, kami melihat Mercedes berkenaan tergantung di tingkat tujuh.” - Agensi
 
mak aih...kuat gak mercedes tuh......
 
haah lah tak kemek pun kat belakang tu..100% iron ni..kuat2
 
merc mana kemek... badan kete kebal.. wakaka
 
mercedes tu tak kemek langsung ke . power gile . syarikat mercedes boleh jadikan perkara ni sebagai iklan kekuatan product mereka ni ...
 
betul2 teguh body Merc ni...... :)cgrock
 
didnding tu mcm lapisan kepingan asbestos jer...nipis giler...reves2..seb bek sangkut...jatuh bawah tengokkk....tq mercedes...haha
 
kalu kate malaysia camne la agaknye..haha
 
ni kalo keta msia mau remuk teruk ni..
 
Back
Top
Log in Register