BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mercedes tembus dinding

klu syarikat merc nak buat iklan, elok dia langgar ikut depan.. jangan reverse.. baru blh nampak logo merc tu..! :D
 
wahh hebat..kena beli merc la ni..
 
Body tak kemek... sebab tu tembus dinding. Kalau kete Malaysia gerenti tak tembus dinding. selamat bro & sis pakai kete Malaysia. kihkihkih
 
TULSA (Oklahoma): Seorang pemandu terselamat selepas keretanya merempuh dinding hingga hampir separuh daripadanya terjulur keluar di tingkat tujuh sebuah bangunan tempat letak kereta di sini semalam.

pix_middle


pix_topright


Kejadian berlaku selepas kaki pemandu berkenaan tersepit antara pemecut dengan brek ketika dia berundur.


Kereta Mercedes itu meluncur laju sehingga melanggar dinding menyebabkan ia berlubang dan sebahagian kereta itu terjulur keluar.


Pemandu berusia 67 tahun yang namanya tidak didedahkan bagaimanapun terselamat.


Kejadian itu juga menyebabkan batu dinding itu jatuh menghempap dan memecahkan cermin beberapa kereta yang parkir di bawah.


Jurucakap Jabatan Polis Tulsa, Korporal David Crow berkata: “Mujur tidak ada orang lalu lalang ketika kejadian.” Pihak berkuasa tidak menghadapi kesukaran menarik kereta itu kerana roda belakangnya tidak terkeluar keseluruhannya.


Seorang saksi berkata: “Ia kejadian paling pelik pernah saya lihat. “Bunyinya sungguh kuat. Kami melihat ke atas dan nampak kereta itu menembusi tembok.” Lubang berkenaan kini ditampal sementara dengan papan lapis.


Crow berkata: “Kira-kira jam 1.50 petang, kami menerima laporan mengenai sebuah kereta melanggar tembok.


“Kami tidak dapat bayangkan apa sebenarnya berlaku. “Tetapi apabila tiba di sini, kami melihat Mercedes berkenaan tergantung di tingkat tujuh.” - Agensi

gmbr tipu tu la,ko tgk bonet belakang,lampu skit pn tak pecah atau kemek,kalau dah sampai tembus dinding mesti laju
 
Body merc mmg tough... Pglmn aku, kete arwah ayah aku..walau pun merc lama tp body mmg mantop... :)

Mari leh membeli merc...berbaloi-baloi...kjekkekeke :)
 
Back
Top
Log in Register