BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri sanggup elaun dipotong

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
< 1 / 1 >
JOHOR BAHRU – Cadangan pemotongan elaun minyak kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai kerajaan dalam usaha mengurangkan defisit negara disambut baik pemimpin kerajaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau bersedia dipotong elaun yang diberikan kepadanya jika langkah itu mampu mengukuhkan keadaan ekonomi negara.

“Kalau kita mahu rakyat melihat situasi ini (pengurangan subsidi minyak) dengan berjimat, kita juga sebagai wakil rakyat harus sanggup lakukan perkara sama.

“Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyarankan elaun minyak yang diperuntukkan kepada pegawai kerajaan termasuk menteri dan timbalan dipotong bagi mengurangkan masalah defisit negara susulan isu pengurangan subsidi diesel dan petrol.

Dalam perkembangan lain, Hishamuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, memberi jaminan akan mencari mekanisme bagi memastikan syarikat pengangkutan bas dan lori tidak menaikkan tambang dan kos pengangkutan.

“Dari segi pengurangan subsidi saya harap ia akan dapat salurkan manfaat pada orang ramai, saya akan fikirkan supaya syarikat bas dan lori tidak naikkan harga perkhidmatan mereka dengan bantuan dari kerajaan.

“Supaya orang ramai yang gunakan bas dan barangan yang dibawa menggunakan lori tidak terbeban akibat kenaikan kos,” katanya.

Katanya, pertemuan bersama pengusaha sektor pengangkutan akan diadakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi selain mengusulkan cadangan mereka supaya dipertimbangkan dalam bajet akan datang.

“Kita akan lihat jika ada formula yang boleh dipertimbangkan dalam bajet akan datang namun buat masa ini saya minta mereka yang terlibat jangan lakukan sesuatu yang beremosi.

“Jika perkara ini tidak dipolemikkan, saya yakin orang ramai akan faham kerana banyak negara gagal urus ekonomi dengan baik,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/menteri-sanggup-elaun-dipotong-1.199141
 
Last edited:
Bru sekor, sekor dh menolak..

Yg ekor2 lain... apacer..
 
Nak percaya ke tak? Nak percaya ke tak...?
 
bukan itu saja..separuh daripada keistimewaan yang golongan jemaah menteri dapat selama ini patut dimansuhkan...ni dahlah dapat keistimewaan..anak bini plak amik kesempatan..:(scam:(scam:(scam
 
Potong elaun minyak dorg berapa je.. Elaun yang lain?. Gaji dorg?. Sblm PRU gaji dah naik berbelas2 %. Setakat potong elaun minyak mcm byk elaun perkhidmatan aku xpayah la. Bkn luak duit dorang.
 
gaji diorg bape?kalau dah lebih 20k sbulan elok potong je 10%..pagi tadi isi mnyak time kelip2...bila isi rm20 masih kelip2 lgi...adoi2..
 
Bkn setakat elaun jek..gaji pun sama perlu potong
 
Back
Top
Log in Register