eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PARIS - Sekumpulan wartawan yang membuat liputan lawatan Menteri Pelajaran Perancis, Luc Chatel ke sebuah pasar raya mendakwa beliau mengupah sejumlah pelakon untuk berpura-pura menyokong dasar kepenggunaan baru yang diperkenalkannya.
Kumpulan wartawan yang mengikuti lawatan beliau di sebuah pasar raya yang lengang di bandar Villeneuve-le-Roi, selatan Perancis curiga berikutan kemunculan mengejut sekumpulan wanita berpakaian kemas.
Sebelum ini, pasar raya tersebut biasanya lenggang kecuali pada hujung minggu.
Tanpa berlengah, wanita-wanita itu memuji kawalan harga kerajaan ke atas beberapa bekalan alat tulis menjelang bermulanya penggal baru persekolahan di negara itu.
Perasaan curiga di kalangan wartawan semakin menebal apabila salah seorang wanita di pasar raya tersebut ialah Virginie Meyniel iaitu ahli parti pemerintah, UMP yang turut dianggotai Chatel.
"Mungkin Meyniel berada di situ secara kebetulan, tetapi saya meraguinya," kata wartawan saluran radio France Info, Celia Quilleret.
Penggunaan 'pelakon tambahan' dalam publisiti kerajaan di Perancis biasa dilakukan.
Namun, pada 1990, Menteri Pelancongan Olivier Stirn dipaksa meletakkan jawatan selepas beliau mengatur satu sesi soal jawab umum melibatkan beberapa pelakon diupah mengajukan soalan yang memihak kepadanya. - Reuters