BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong Akhiri Lawatan Ke Terengganu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
b5cec54977b903219f93535d7e0d5d3b69fcbab835e1d

1a9d4c3440e1c55418a29f6a10e85db469fcbac63e9a9

c00ebaf765d92cac8a280a8f16685d5a69fcbaf8a7d01

Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong (dua, kiri) bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tiga, kanan) hadir pada Majlis Makan Malam di Jambatan Angkat malam ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong mengakhiri lawatannya ke Terengganu hari ini dengan menghadiri Majlis Makan Malam bagi meraikan kunjungan pemimpin berkenaan dan delegasi beliau.

Lee, yang hadir bersama-sama isteri, Ho Ching ke majlis yang berlangsung di Dewan Elysium di Jambatan Angkat di sini, diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.

Sejurus tiba pada 8.15 malam, beliau dan delegasinya diraikan dengan perarakan 40 bot nelayan yang dihiasi lampu berwarna-warni di muara Sungai Terengganu.

Selepas acara makan malam berakhir pada kira-kira 9.30 malam, para delegasi menyaksikan pembukaan baskul jambatan ikonik itu bagi memperlihat mekanisme operasinya apabila terdapat kapal besar melalui muara Sungai Terengganu.

Delegasi Singapura yang hadir termasuk Menteri di Kementerian Hal Ehwal Luar serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Zhulkarnain Abdul Rahim dan Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Edwin Tong.

Yang turut serta ialah Ahli Parlimen Singapura Joan Pereira, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan barisan pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Selain Ahmad Samsuri, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mohd Azmi Mohamad Daham, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan turut hadir bagi meraikan delegasi Singapura.

Lee mengadakan lawatan lima hari ke Pahang dan Terengganu bermula Isnin lepas.

 
Selepas acara makan malam berakhir pada kira-kira 9.30 malam, para delegasi menyaksikan pembukaan baskul jambatan ikonik itu bagi memperlihat mekanisme operasinya apabila terdapat kapal besar melalui muara Sungai Terengganu.
boleh pujuk singapore buat jambatan angkat mcm terengganu utk ganti tambak johor
pasni kapal pun boleh lalu bwh jambatan
 
dulu mati2 ayoh chick tak suka DAP sebab DAP ni dia cakap mirip PAP...

so sekarang apa cer? nak melayu terengganu tergadai mcm melayu singapore ke :ROFLMAO:

1778231932007.png
 
Back
Top
Log in Register