BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri Kabinet Zahir Ucapan Aidiladha, Seru Hayati Nilai Pengorbanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Menteri Kabinet Zahir Ucapan Aidiladha, Seru Hayati Nilai Pengorbanan​

d990258b71ed10527c7af2931bc5f1436a01a78945709


Barisan Menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, sambil menyeru seluruh rakyat untuk menghayati erti pengorbanan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semoga pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya Nabi Ismail AS, dapat dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan harian seluruh umat Islam.

Beliau yang sedang menunaikan ibadah haji turut menyampaikan ucapan Aidiladha kepada pasukan keselamatan yang sedang berkorban menjaga sempadan negara dan berdoa agar sumbangan mereka akan sentiasa dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak.

“Saya juga menyeru kepada orang ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung, supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya, supaya ketibaan kita akan disambut gembira oleh orang-orang tersayang,” katanya menerusi ucapan video yang dimuat naik di Facebook.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali pula berkata Aidiladha mengingatkan umat Islam kepada kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang mencerminkan kepatuhan sepenuhnya kepada perintah Allah SWT.

“Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna sebenar Aidiladha yang menuntut nilai pengorbanan, keikhlasan, kesyukuran dan kasih sayang sesama insan,” katanya.

Armizan berkata sambutan Aidiladha juga wajar dijadikan medan untuk memperkukuh sifat tawaduk, sentiasa bersyukur atas segala nikmat serta terus berkongsi rezeki dan berbuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata Aidiladha bukan sekadar disambut dengan menjalankan ibadah korban, tetapi juga hari untuk menghayati nilai keprihatinan, perpaduan dan tanggungjawab sesama masyarakat.

Ramanan berkata Malaysia akan terus kukuh apabila rakyatnya memilih perpaduan berbanding perpecahan, serta menyemai semangat hormat-menghormati dan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.

 
Back
Top
Log in Register