Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
11.10.2019 - Jakarta, Menteri Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto cedera akibat ditikam dalam serangan seorang lelaki dan wanita ketika membuat lawatan di Banten, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku ketika Wiranto turun dari kenderaan untuk menaiki helikopter selepas menghadiri satu majlis di Universiti Mathlaul Anwar di Pandeglang.
Media Indonesia melaporkan, dalam rakaman video kejadian itu, Wiranto dilihat bersalaman dengan ketua polis Pandeglang sebelum seorang lelaki tiba-tiba menyerbu dari depan lalu menikamnya.
Selain itu, seorang wanita juga menyerbu dari belakang namun sempat dihalang dan ditahan polis.
Dua pengawal peribadi Wiranto turut cedera ketika bergelut dengan suspek.
Wiranto dilapor mengalami dua luka akibat tikaman dengan satu daripadanya agak dalam.
Reuters melaporkan, Wiranto dilihat jatuh terduduk di sebelah kereta sebelum dipapah bangun dan diusung ke dalam kenderaan untuk dihantar ke hospital berdekatan sebelum diterbangkan ke Jakarta untuk rawatan lanjut.
Pengarah Hospital Berkah, Firmansyah berkata, bekas jeneral itu mengalami dua luka di perut
Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo yang melawat Wiranto di hospital tentera di Jakarta, petang semalam berkata, menteri itu menjalani pembedahan selama dua jam.
Polis menahan lelaki serta wanita terbabit dan merampas senjata tajam daripada mereka, termasuk pisau dan gunting.
Ketua Polis Banten, Tomsi Tohir berkata, kejadian berlaku ketika Wiranto bersalaman dengan orang ramai yang beratur sama ada untuk bersalaman atau bergambar dengannya.
Ketua Polis Negara, Dedi Prasetyo berkata, buat masa ini, suspek ditahan di Banten dan lelaki itu dipercayai pengikut Daish manakala latar belakang penyerang wanita masih disiasat.
Wiranto, 72, menjadi menteri dalam Kabinet Jokowi sejak 2016.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/505732/wiranto-cedera-ditikam

Jika sebelum ini, kejadian seperti ini hanya mampu dilihat di dalam babak filem, kini ianya menjadi satu realiti.Semalam tular di media sosial apabila Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Indonesia, Wiranto telah cedera ditikam oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Ditikam Di Bahagian Perut
Menerusi rakaman video yang sempat dirakam, Wiranto telah ditikam di bahagian perut dengan menggunakan sebilah gunting sejurus keluar dari keretanya. Kejadian yang berlaku pada jam 11.50 pagi itu memperlihatkan Wiranto ingin menghadiri sebuah majlis bersama penduduk di Alun-alun Menes, Kecamatan Pandeglang.
Dua Orang Suspek Terlibat
Dalam kejadian itu, dua lagi termasuk seorang anggota polis dan orang awam turut cedera terkena tikaman gunting dari suspek.Wiranto dikejarkan ke Klinik Menes Medical Center di Pandeglang untuk rawatan awal dan dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Pandeglang untuk rawatan lanjut.
Polis Indonesia dalam satu kenyataannya memberitahu dua orang suspek yang dikenali sebagai Syahril Alamsyah, 31,dan Fitri Andriana Sunarto, 21 tahun telah terlibat dan ditahan pihak polis untuk siasatan.