Pendapat aku. Melayu ni kreatif dan banyak idea. Modal selalunya menjadi permasalahan dan juga budaya.
Modal. Kita tak dapat dibandingkan dengan bangsa Cina kerana mereka mempunyai sokongan kewangan yang selalunya datang juga dari keluarga mereka sendiri yangg mempunyai perniagaan. Dasar pecah perintah dahulu dah meninggalkan jauh ekonomi Melayu dengan Cina yang diatur utk ditempatkan di bandar-bandar. Membuka kilang-kilang serta kedai-kedai barangan runcit dan keperluan asas.
Budaya. Budaya Melayu juga sentiasa mengharapkan anak-anak mereka untuk makan gaji. Dan hasilnya ramai professional Melayu dalam bidang perubatan, kejuruteraan, pendidikan dan sebagainya. Tetapi bukan dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh, seorang ibu tunggal yang mempunyai pendapatan 3-4k sebulan tidak pun mengharap anaknya untuk mewarisi perniagaannya sebaliknya lebih mahu anaknya belajar dan makan gaji bagi pendapatan yg sama ataupun lebih sedikit. Kenapa tidak dimajukan sahaja perniagaan itu bersama? Itu dikatakan budaya. Walaupun meniaga pisang goreng.
Akan tetapi. Aku percaya 1 hari nanti Melayu pasti akan lebih maju kehadapan. Ia perlukan masa. Melayu masih lagi dalam proses mendapat jaminan kewangan dalam kehidupan. Bila mereka sudah rasa terjamin. Tidak mereka, pasti anak-anak mereka akan mempunyai kelebihan dari segi sokongan keluarga. Baik dari segi kewangan mahupun ilmu.