BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menjauhi Tujuh Dosa Besar

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim


Huraian:
Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

• Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.

• Sihir

• Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)

• Memakan harta anak yatim

• Memakan riba

• Lari dari medan pertempuran

• Menuduh perempuan yang suci melakukan zina

Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.

Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.:((
 
bab harta anak yatim ni aku ada risau jugak. termasuk dosa besar yg mesti dielakkan ni.:)
 
Hadith:
• Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.

• Memakan riba

Yang pertama ni memang hari2 berlaku toksah kata syirikkan ALLah ni hanya menyembah atau memuja sesuatu, malah dalam perbualan harian kita
pun boleh jadi syirik spt : "Aku ini, aku itu". Itulah bahayanya kalau kita tak ingat ALLah dlm semua perbuatan.

Riba pada dunia hari ini dah jadi kemestian pulak?
 
• Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)

yang ni termasuk dalam yang makan pil perancang keluarga tak ?
 
• Memakan riba


makan riba boleh elak
setiap tahun ade bank statement (breakdown)
jadi kite tahu berape banyak riba yang kite dapat
aku rase bermasaalah ialah subahat dengan bank yang beri pinjaman
kalau simpan duit dalam bank kite beri bank modal untuk beri pinjaman.
 
aku paling risau dosa riba'. :(

majoriti kita buat pinjaman dari bank konvensional yang sah mengamalkan riba'. orang yang beri riba' tu sama dengan orang yang pemakan riba'. balasan pemakan riba', kekal dalam neraka... ya Allah belas kasihan la pada kami :((
 
. menuduh perempuan melakukan zina......

bersangka baik la kpd semua orang.....xde bukti dan 4 org saksi....jgn sesekali menuduh.....takut gak....kerana ia tergolong salah satu dosa besar....yg hanya akan diampun dgn taubat nasuha....dan lagi satu kena pi mintak maaf dgn org yg kita tuduh....kalau dia maafkan baru diterima taubat kita....

thumbs up pada TT....at least ingat mengingati sesama kita
 
yang salah tu kalau menuduh zina perempuan yang baik2, yang menjaga kehormatan, yang menjaga batas2 aurat, menjaga pergaulan etc. kalau yang memang dah jenis lost tu, dah tak boleh buat apa.. cuma menanti pelbagai2 tuduhan je la :D
 
terima kasih ..info yg memberi kesedaran berpanjangan
 
Back
Top
Log in Register