BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

mengimarahkan masjid

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
masjid adalah merupakan syiar islam,kerana pembinaan masjid adalah asas bagi pembinaan masyarakat islam itu sendiri,kerana dimasjid orang orang islam ditanam dengan sifat sifat berpegang teguh pada ajaran agama islam dan dimasjid juga ditanam dengan sifat sifat berkasih sayang dan hormat menghormati sesama islam.masjid juga adalah merupakan institusi pelajaran,pendidikan bagi umat islam , bahkan juga dimasjid lah ditanam dan dididik dengan sifat sifat mempertahan kan kehormatan diri,agama, dan kecintaan pada agama dan bangsa. maka kerana itu masjid adalah wajib dipelihara , masjid mestilah dijaga dan masjid juga hendaknya di imarahkan. untuk meng imarahkan ini ia memerlukan orang orang yang betul betul komited terhadap islam , orang yang betul betul mempunyai semangat berpengetahuan , mempunyai kewibawaan dalam menjaga,membina dan memelihara keutuhan masjid .kerana itu allah menjelaskan dalam surah at taubah ayat 18 yang berbunyi

at+taubah+107.jpg


Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

dalam ayat ini jelas bahawa allah menjelaskan orang orang yang mampu meng imarahkan masjid ialah orang orang yang beriman kepada allah dan hari akhirat .
beriman kepada allah ertinya tunduk kepada hukum hukum allah , tunduk kepada perintah allah dan manakala percaya pada hari akhirat ertinya orang ini takut risikonya diakhirat nanti ,kiranya mereka mereka mengabaikan urusan masjid , kira mereka tidak mengimarahkan masjid seperti yang dikehendaki oleh allah , yang padanya untuk menghidupkan perpaduan dikalangan umat islam yang padanya dapat menjadikan institusi yang mentadbir , yang mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta masjid adalah merupakan tempat dimana orang orang akan ditanam dengan semangat yang gigih terhadap islam dan dakwah yang ada pada islam dan maka kerana itu orang orang yang membina masjid ini mestilah orang orang yang benar komited,orang yang tidak takut pada manusia ,tidak takut pada sesiapa pun melainkan dia takut kepada allah kerana dimasjid ini ada peraturan peraturan ,ada undang undang untuk masuk kedalam masjid , orang orang yang memasuki masjid dengan hati yang tawaduk ,hati yg bersyukur kepada allah .
allah berfirman lagi dalam surah at taubah ayat 107 yang berbunyi

at+taubah+107.jpg


Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

maka kerana itu mengimarahkan masjid ini adalah suatu yang cukup berat ,suatu yang cukup besar ,maka orang orang yg diperintahkan untuk bertanggungjawab terhadap masjid mestilah orang orang yang benar benar beriman kepada allah ,orang orang yang hanya takut hanya kepada allah dan takut pada penghisaban allah dikhari akhirat nanti kerana andai masjid dijadikan tempat mencari pengaruh atau tempat mencari pengseketaan dikalangan orang islam maka perbuatan itu amat buruk sekali ,perbuatan itu dikecam oleh allah bahkan perbuatan itu menjadi pengkecamaan oleh allah sebagai pendusta.
pada hari ini kita lihat masjid masjid menjadi lenggang ,masjid sudah tidak berfungsi ,kalaupun hanya berfungsi hanya sebagai waktu maghribnya dan sebagainya ,yang dihidupkan pada waktu itu hanyalah pengajaran pengajaran yg biasa ,tidak lagi membangunkan minda ummah ,tidak lagi membangunkan semangat ummah ,tidak lagi mendidik ummah kepada kebangkitan,kemajuan dan kepada pembangunan yang benar benar diperlukan untuk umat islam.kerana itu walaupun masjid terhenti dari di imarahkan atau diisi ,keadaan umat islam masih mundur atau makin mundur ,perpaduan makin buruk dan berpecah ,makin berselisih sesama mereka sendiri sedangkan masjid masih ada tetapi tidak berfungsi seperti yg dikehendaki oleh islam .

rasulullah saw mengasaskan perpaduan umat yg pertama dimasjid ,rasulullah saw mendidik umat yg pertama dimasjid ,rasulullah saw mengadakan perancangan ummah dimasjid bahkan rasulullah saw menjadikan markas pentadbirannya dimasjid.maka kerana itu masjid hendaklah dikembalikan fungsinya supaya ia benar benar dihayati ,supaya ia benar benar dihayati ,supaya ia benar benar berfungsi pada mengangkat pembangunan memuliakan umat islam ,masjid juga mestilah dikembalikan pada fungsinya sebagai universiti yang memberi pendidikan ,yang membuka minda umat islam,sehingga kita dapat bersaing dengan umat yang ada sekarang ,kalaupun kita tidak mampu mengatasi mereka tetapi allah telah berjanji kiranya kita beriman kepada allah dan kita beramal salih dan kita ber imarahkan masjid dengan fungsinya yang sebenar ,allah menjanjikan kejayaan bagi umat ini ,allah menjanjikan mengangkat umat ini semula ,dan allah menjanjikan kedamaian ,ketenteraman,dan menjanjikan keteguhan agama yang kita pegang tetapi kalau kita masih mahu membiarkan keadaan yang berselisih faham dan kita membiarkan masjid sebagai satu tempat sembahyang sahaja sedangkan kita tidak mengambil hikmah dengan perintah perintah itu maka percayalah kita tidak akan maju dan kita tetap akan menuju kepada kemunduran.
 
Bila imam menjadi kerjaya..bila ustaz2 menjadi kerjaya..bila mufti2 menjadi kerjaya...bila ulamak2 menjadi kerjaya..bila kuliah2 agama bergerak di atas paksi wang ringgit..

Maka tiadalah mustahil institusi masjid akan terus lesu..

Wallahualam..

p/s: bukan aku kata tak boleh terima upah..tetapi tak boleh meminta2 atau menetapkan upah dalam menyampaikan ilmu Allah..dan jangan kerana upah itu 'membisukan mulut dari kebenaran', 'membutakan mata dari kebenaran' dan 'memekakkan telinga dari kebenaran'

Sebab tu lah yang dikatakan layak memakmurkan masjid Allah ialah orang2 BENAR2 BERIMAN kpd Allah dan hari akhirat, dan menunaikan zakat dan TIDAK TAKUT KECUALI KPD ALLAH..bukan takut dipecat, bukan takut ditukar..
 
imarah masjid setiap isnin dan khamis buat buka puasa jemaah
 
Back
Top
Log in Register