BTC USD 23,193.7 Gold USD 1,928.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,312
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,312
Reaction score
2,924
Points
266
Awards
1
mariani-1-696x391.jpg

KETUA pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo membuktikan dia seorang ahli sukan yang konsisten menjaga pemakanan dan menolak minuman yang tidak elok untuk kesihatan seperti Coca-Cola.

Justeru, beliau secara bersahaja mengalihkan dua botol minuman Coca-Cola yang diletakkan di hadapan mikrofonnya pada sidang media menjelang pasukannya menentang Hungary pada aksi Kumpulan F Euro 2020 yang berlangsung di Ferenc Puskás Stadium, Budapest tengah malam nanti.

Dua pasukan lagi dalam kumpulan itu ialah Jerman dan Perancis. Portugal adalah juara bertahan selepas mengejutkan tuan rumah Perancis 1-0 pada perlawanan akhir Euro 2016.

Cristiano.jpg


Ronaldo menolak dua botol Coca-Cola itu ke tepi, dan tidak kelihatan dari bingkai kamera sambil memberikan isyarat ‘agua’ merujuk kepada ‘minum air kosong, bukannya air berkarbonat’. Dia ternyata agak kecewa dengan promosi air bergas dalam acara sukan seperti Euro.
Tindakan itu dilihat mencetuskan kontroversi kerana Coca-Cola adalah antara penaja Euro 2020.

Walaupun pihak penaja dikatakan kecewa dengan tindakan Ronaldo. Namun atlet seperti Tom Brady menyokongnya. Menurut Brady, Ronaldo adalah veteran dalam dunia sukan dan dia tahu apa yang memudaratkan fizikal serta kesihatan.

Ronaldo memang dikenali dengan sikap obses beliau dengan penjagaan kesihatan fizikal dan juga mental. Beliau hanya makan makanan yang sihat.
Bintang Juventus itu makan makanan berkhasiat sebanyak enam kali sehari bagi memastikan dia mampu bermain pada tahap tertinggi.

Dia pernah mendedahkan bahawa satu perkara yang membuatkannya bengang (triggered) adalah apabila melihat anaknya Cristiano Jr meminum air bergas terutama sekali Coca-Cola yang menjadi kegemaran anaknya.

Oleh sebab itu Ronaldo rasa sangat terganggu melihat anaknya minum Coca-Cola kerana dia minum minuman bergas dan terlebih gula.
Ronaldo pernah berkata: “Saya kadangkala terlalu tegas dengan dia kerana dia minum Coca-Cola dan Fanta. Itu membuatkan saya sangat marah dengan dia. Bahkan saya bertengkar dengan dia setiap kali dia makan makanan ringan seperti kerepek kentang, kentang goreng, dan semua benda macam itu”.

evra-1024x683.jpg

Bagi bintang Manchester United, Patrice Evra pernah menceritakan dia datang ke rumah Ronaldo dan membayangkan rumah mewah itu dipenuhi makanan sedap.
Rupanya peti ais Ronaldo hanya ada makanan salad, buah-buahan, ikan segar dan makanan sihat lain.

Lalu Evra yang pernah beraksi dengan Ronaldo dalam pasukan Manchester United menasihatkan: Jika Ronaldo ajak kamu makan di rumahnya, lebih baik kamu cari alasan menolaknya. Tak sedap.

“Lepas makan dia akan ajak kamu ke padang kecil dan melakukan beberapa latihan ringan,” ujar bekas pemain Perancis itu. – HARAKAHDAILY 15/6/2021

sumber - https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/15/mengapa-ronaldo-tidak-minum-coca-cola/
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,477
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,477
Reaction score
559
Points
121

Ronaldo punca Coca-Cola rugi besar

REAKSI Ronaldo ketika mengetepikan Coca-Cola di atas mejanya pada sidang media semalam. FOTO Agensi


Budapest: Cristiano Ronaldo menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakannya pada sidang media semalam.

Legenda Portugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary hari ini, menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan dengan media semalam.

Penyerang Juventus itu mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary.

Harga saham Coca-Cola jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).

Coke sudah mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan Ronaldo apabila menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Jurucakap minuman itu berkata: "Pemain diberikan air kosong bersama Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media."

Ronaldo, 36, sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

Semasa di Real Madrid, doktor pasukan berkata Ronaldo mempunyai tubuh seorang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Ketika syarikat minuman itu berusaha menyelamatkan imej mereka, Ronaldo memberi reaksi seperti biasa di atas padang apabila mempamer aksi cemerlang ketika bertemu Hungary.


== harian metro
 

nokia3210

Active+ Member
Messages
3,694
Joined
Sep 6, 2012
Messages
3,694
Reaction score
769
Points
86
ada prinsip ronaldo ni..dia taknak bila video/gambar sidang media mendapat liputan dan secara tak lansung tu seolah2 dia promosi coka-cola..

tahan lagi, pogba siap alih arak kt atas meja ..penaja euro jugak.. mungkin ramai tak tau, pogba ni muslim..

Untitled1.jpg

#respect
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,312
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,312
Reaction score
2,924
Points
266
Awards
1
penaja bolasepak dpd coke & pepsi blh tahan laei, yg tak tahan ialah penaja dpd sykt arak.... klu pemain bolasepak muslim yg terikat dgn kelab yg ditaja sykt arak, camno lah pendapatan deme...

dan pernahkah dibuek kajian klinikal membuktikan arak & minuman bergas bagi tenago kek ahli sukan? ekekekkee
 
Sponsored Post

Top
Log in Register