BTC USD 34,547.4 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,811
Reaction score
511
Points
86
penaja bolasepak dpd coke & pepsi blh tahan laei, yg tak tahan ialah penaja dpd sykt arak.... klu pemain bolasepak muslim yg terikat dgn kelab yg ditaja sykt arak, camno lah pendapatan deme...
kalau bola, pemain yg dpt pemain terbaik setiap perlawanan, akan dihadiahkan arak spt champagne utk diraikan spt utk diminum dan sembur2 dsb.. pernah Yaya Toure dpt pemain terbaik dan dihadiahkan arak, namun beliau suruh teammate dia simpan je, cakap,' im muslim, i dont drink'..
 
Sponsored Post

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,949
Reaction score
676
Points
81

Ronaldo punca Coca-Cola rugi besar

REAKSI Ronaldo ketika mengetepikan Coca-Cola di atas mejanya pada sidang media semalam. FOTO Agensi


Budapest: Cristiano Ronaldo menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakannya pada sidang media semalam.

Legenda Portugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary hari ini, menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan dengan media semalam.

Penyerang Juventus itu mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary.

Harga saham Coca-Cola jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).

Coke sudah mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan Ronaldo apabila menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Jurucakap minuman itu berkata: "Pemain diberikan air kosong bersama Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media."

Ronaldo, 36, sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

Semasa di Real Madrid, doktor pasukan berkata Ronaldo mempunyai tubuh seorang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Ketika syarikat minuman itu berusaha menyelamatkan imej mereka, Ronaldo memberi reaksi seperti biasa di atas padang apabila mempamer aksi cemerlang ketika bertemu Hungary.


== harian metro
fuh..impak dari perbuatan seorg yg terkenai..br keluaq gambaq alih 3 botoi coke, belum kata apa2 lg psi keburukan coke, saham syarikat dh jatuh puluh dollar..kalu dia keluaq stmt pulak, buleh byg ka jatuh brapa puluh atau mungkin ratus dollar sesaham
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201

Pemain alih minuman, Uefa denda pasukan​

Cristiano Ronaldo talking on a cell phone screen with text: RONALDO menggesa minum air kosong ketika sidang akhbar. FOTO Agensi

London: Pasukan yang beraksi di Euro 2020 berdepan denda jika pemain mereka mengalihkan minuman yang disediakan penaja ketika sidang akhbar seperti dilakukan Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba.

Pada Isnin lalu, kapten Portugal, Ronaldo mengalihkan dua botol Coca-Cola sambil menggalakkan orang ramai minum air kosong.

Sehari selepas itu, pemain tengah Perancis yang beragama Islam, Pogba turut mengikuti langkah Ronaldo dengan mengalihkan sebotol Heineken manakala pemain Itali, Manuel Locatelli menggantikan Coca-Cola dengan air kosong kelmarin.

"Uefa mengingatkan pasukan bahawa penajaan adalah penting untuk menjayakan kejohanan dan bagi memastikan pembangunan bola sepak di serata Eropah termasuk belia dan wanita,'' menurut jurucakap penganjur semalam.

Pengarah Uefa Martin Kallen berkata pemain perlu mematuhi peraturan ditetapkan badan bola sepak Eropah itu.

Bagaimanapun, dia memahami tindakan pemain Muslim seperti Pogba yang melakukannya atas sebab fahaman agama.

Semua pasukan diingatkan mengenai peraturan sedia ada dan Kallen berkata Uefa sedia mengambil tindakan disiplin tetapi denda tidak akan dikenakan secara terus ke atas pemain.

"Kami tidak akan mengenakan denda ke atas pemain sebaliknya ke atas pasukan yang mungkin selepas itu boleh bertindak ke atas pemain mereka. Tetapi buat masa ini tiada tindakan terus daripada kami ke atas pemain,'' kata Kallen.

"Kami mempunyai peraturan yang ditandatangani negara bertanding.''

© New Straits Times Press (M) Bhd
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,295
Reaction score
21,272
Points
1,671
Kt belakang dh ada board sponsor bole je klo xpyh ada botol kt depan. Dh serupa tenis, xpg press kena denda
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,554
Reaction score
2,863
Points
206
disiplin tinggi ronaldo ni.
bila wartawan tanya dia anak dia mampu ke tak ikut jejak dia, rilek je dia kat belum lagi sebab tak mampu follow strict routine macam dia buat.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,187
Reaction score
13,599
Points
2,376
disiplin tinggi ronaldo ni.
bila wartawan tanya dia anak dia mampu ke tak ikut jejak dia, rilek je dia kat belum lagi sebab tak mampu follow strict routine macam dia buat.

Kalau jenis tak kuat disiplin
Memang payah nak berjaya macam dia
Dapat banyak kejuaraan
Dapat kekalkan kecergasan tahap tinggi di mana bagi kebanyakan pemain di usia 35 ke atas dah bersara
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,932
Reaction score
370
Points
96
Banyak sangat gula,artificial sugar.99% gula kot airmya tak ada.
Plain water lagi bagus.
Gula memang banyak, tapi 99% tu xsure la.
Kalau ada data, boleh attach.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,858
Reaction score
4,082
Points
236
Ronaldo xder tattoo tau .. apa bikin orang sini, celeb sini, dari kaki sampai teretai ada
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register