BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Ramai yang seksi, tak minum arak, tidak berparti atau menyundal’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
nadia-anuar.jpg

PENGACARA Nadia Anuar percaya, tidak semua wanita berpenampilan seksi mengamalkan cara hidup liar dan tidak bermoral.

"‘Ramai yang seksi, tak minum arak, tidak berparti atau menyundal’" PETALING JAYA – “Orang seksi ini bukan semuanya jahat.”

Demikian perkongsian pengacara Nadia Annuar seperti mempertahankan imej luaran atau penampilan sehari-harian yang tidak wajar dijadikan kayu ukur untuk menilai akhlak dan peribadi seseorang wanita.

Ibarat jangan menilai buku daripada kulit, tambah Nadia atau nama lengkapnya Nadia Shahrul Annuar, 42, berkata, masih ramai individu yang berpakaian seksi namun menjalani kehidupan yang baik dan berpegang kepada nilai moral.

“Ramai saja yang seksi, tak minum arak, tidak berparti atau menyundal. Jadi, jangan tolonglah jangan terlalu cepat menghakimi.

“Masanya akan tiba. Percayalah, kita dinilai bukan hanya berdasarkan apa yang kita pakai atau tidak pakai,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, kakak kepada pelakon Harris Anuar itu menyeru orang ramai agar mengamalkan sikap lebih empati dan menghormati antara satu sama lain.

“Marilah kita terus berbuat baik dan saling menghormati antara satu sama lain,” ujarnya.

Kenyataan tersebut dipercayai dimuat naik susulan kecaman segelintir pihak terhadap penampilan Nadia yang dianggap seksi.

Bagaimanapun, Nadia difahamkan sudah memadam hantaran berkenaan dalam Threads.

Sebelum ini, Nadia mengundang kejutan dan dikecam hebat selepas memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung pada hari kelahirannya yang ke-39.

Mengakui kesalahan sendiri, Nadia merayu agar perbuatan tersebut tidak dikaitkan dengan ibunya yang juga usahawan popular, Zaiton Hassan. – KOSMO! ONLINE

==============================

Alaaa Nadia ni pun. Kadang2 rasa dia buat camni pun sbb suka2 or nak buat statement je kat netizen yg acah2 judge. Latest dia post kat IG ala macam tak kisah, siap angkat kening lagi, huhu. 🙄

 
Back
Top
Log in Register