BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Mengaku ugut bunuh isteri

Gabril

Fun Poster
Messages
378
Joined
Nov 18, 2013
Messages
378
Reaction score
0
Points
10
KOTA BAHARU - Nasib seorang pendawai elektrik yang mengaku salah ugut bunuh isterinya, 5 Disember lalu, bergantung pada keterangan impak mangsa, 31 Disember ini.

Tertuduh, Yushalizan Mohd Kamel, 37, didakwa mengugut bunuh Wan Zainab Wan Jusoh, 36, di sebuah rumah di Kampung Telok Baru di sini, pada jam 6 petang, tarikh berkenaan.

Pada prosiding semalam, dia pada mulanya mengaku tidak bersalah dan memberi alasan mustahil hendak membunuh mangsa kerana wanita itu adalah isterinya.

“Saya gaduh biasa sahaja tuan. Saya tidak kejar pun dan saya juga tidak akan bunuh dia,” katanya kepada Majistret, Nik Habri Muhamad.

Namun, tertuduh kemudian menukar pengakuan itu, menyebabkan Nik Habri menetapkan 31 Disember untuk tarikh sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri tidak menawarkan jaminan, namun Nik Habri membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan syarat jamin dibuat isterinya sendiri.
 
Back
Top
Log in Register