hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki ugut dan baling paip besi ke kereta di Kuching ditahan polis
KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah dan khianat terhadap sebuah kenderaan di simpang Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching, pagi semalam.
“Suspek kemudian keluar dari kenderaan dalam keadaan marah dan cuba membuka pintu kereta mangsa namun gagal.
“Tidak berpuas hati, suspek dipercayai membaling sebatang paip besi ke arah kenderaan mangsa sambil menjerit dan menyuruh mangsa keluar dari keretanya,” katanya dalam kenyataan.
Alexson menambah, mangsa kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama bagi membantu siasatan lanjut.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan suspek pada jam 11.50 malam di tempat letak kereta Jalan Keranji, Tabuan Desa, Kuching.
“Suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dan judi.
Hasil ujian saringan air kencing awal terhadap suspek pula didapati negatif.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
“Kedua-dua seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda.
Alexson kemudian menasihati orang ramai supaya sentiasa bertenang dan berhemah di jalan raya serta tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh membahayakan keselamatan.
Artikel