BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Mencari partner bekerja di kanada

Bito

Freshie
Messages
19
Joined
May 31, 2019
Messages
19
Reaction score
8
Points
8
Assalamualaikum kawan-kawan. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya membuka thread ini. Seperti tajuk diatas saya mencari teman untuk bergelendangan untuk bekerja/jadi imigran di negara kanada.
Selepas buat survey. Pilihan saya adalah New Zealand dan Kanada. Asalnya nk petik buah di Australia. Then bila dah sampai di Australia (travel sambil2 survey nk petik buah). Tapi indah khabar dari rupa.

Sebab untuk bekerja disana
- Gaji bukanlah benda yang utama bagi saya. Saya tidak mengharapkan gaji yang banyak. sbb tahu mmng xbanyak pon gaji dekat sana. lebih kurang kerja dekat sini je. Saya just sukakan cara kehidupan yang tenang di kanada. suasana yang sejuk hampir seluruh tahun.Then nk improve english. kalau bila dah lama kat sana. Nak cuba masuk amerika pula. Then insyaAllah balik ke Malaysia dalam 2025.

Serba sedikit pasal saya:
1) Lelaki
2) Umur awal 30-an
3) Single
4) Pendidikan : Degree
5) Kerja sekarang : Part time grab. (tngh simpan duit untuk kesana) jangkaan nk pergi hujung tahun ni atau awal 2021

Milestone
1) Tengah kumpul duit | Mencari member | Cari Info (SEKARANG DISINI)
2) Bincang dengan buddy yang nk join tu mengenai persiapan nk pergi. etc Visa, Passport, Biometric. Jenis kerja. (ni benda yang paling kritikal)
3) TBA
4) TBA
................

Berikut adalah ciri-ciri individu yang saya cari :
1) Solat 5 waktu.
2) Pandai bergaul/ tak sombong
3) Boleh memberi pendapat / Fikir jauh
4) Boleh tolong dalam keadaan susah-senang.
5) Suka mengembara.

Lain-lain
- Banyak info dalam youtube terutama dari rakyat indonesia yang bekerja dan menetap di sana.

Saya sangat mengalu-alukan nasihat dan info dari kawan2 CG yang ada info mengenai kehidupan kerja dinegara orang. Terima kasih

- akan di update selepas ini.
 
Waalaikumussalam,

tahniah sbb bro berpandangan jauh nak merantau untuk menimba pengalaman kat luar negara...antara nasihat kawan (based pada pengalaman kawan sendiri) sentiasa buat baik pada org tempatan...mostly org tempatan akan ada stigma yg kurang baik pada imigran...tapi jika kita baik pada mereka...mereka akan terima kita secara baik juga...dlm masa yg sama...berhati2...dalam konteks beragama...jgn terlampau menonjolkan ketaksuban pada agama...jadi la org Islam yang sederhana dan santuni org tempatan...kalau kita baik...org akan pandang agama kita baik juga...

kawan doakan semoga usaha bro dipermudahkan
 
T.kasih tuan. Ye insyaAllah pergi dgn bawa baik nama Islam. Niat dihati pon nk bawa Islam kesana semampu boleh..
 
Syabas anak muda, masa muda paling sesuai menimba pengalaman di tempat orang.
Aku dulu mrs ajak pergi UK dapat buat sub-specialist kat sana, tapi malas nak pergi.
Sekarang rasa macam ralat pulak.
 
folo rapat thread ni.
nak tengok pengalaman orang.
menarik, memang menarik.
tapi bila fikir komitmen sedia ada, memang x sanggup.
 
Nak kerja canada kena ada work permit. Nak dapat work permit, tu yang susah. Tak semua kompeni nak layan kita untuk dapat work permit. Sebab kompeni kena deal dengan govt untuk tunjuk kerja yang kita dapat ni tak menghalang warga kanada dari dapat job. Kecuali high skill job. Atau pun kena ambik exam tertentu utk certain high skill job. Macam doktor perubatan.
 
Syabas anak muda, masa muda paling sesuai menimba pengalaman di tempat orang.
Aku dulu mrs ajak pergi UK dapat buat sub-specialist kat sana, tapi malas nak pergi.
Sekarang rasa macam ralat pulak.

T.kasih tuan..tak muda mana dh tuan..3 series dah..huhu.
 
Nak kerja canada kena ada work permit. Nak dapat work permit, tu yang susah. Tak semua kompeni nak layan kita untuk dapat work permit. Sebab kompeni kena deal dengan govt untuk tunjuk kerja yang kita dapat ni tak menghalang warga kanada dari dapat job. Kecuali high skill job. Atau pun kena ambik exam tertentu utk certain high skill job. Macam doktor perubatan.

T.kasih tuan atas info. Samalah dgn apa yg sy risaukan skrng...nk dpt permit kerja tu benda yg paling sukar skrng.. Skrng tngh struggle cari jalan
 
Nak kerja canada kena ada work permit. Nak dapat work permit, tu yang susah. Tak semua kompeni nak layan kita untuk dapat work permit. Sebab kompeni kena deal dengan govt untuk tunjuk kerja yang kita dapat ni tak menghalang warga kanada dari dapat job. Kecuali high skill job. Atau pun kena ambik exam tertentu utk certain high skill job. Macam doktor perubatan.
yes indeed.
saja menambah, beberapa tahun lepas,
aku ada pasang keinginan macam ni jugak (belum kawen masa tu),
kira nak travel2 negara orang, sambil kerja.
kebetulan sorang kawan mak aku ni orang canada,
pernah lah beberapa kali dia n family datang rumah masa raya etc.
dia cakap kalau nak kerja sana dia boleh jadi macam guarantor ke apa aku xpasti,
ala2 macam referal, tapi bukan kerja2 biasa yg restoran ke apa,
tapi yg high skilled job. memandangkan aku bukan termasuk dlm kategori high skilled job,
so bertahan dan usaha je dgn apa yg ada skrg ni.
kitorg panggil dia 'uncle wahid', n english dia macam pelik sikit bila dengar.
 
boleh explore BUNAC (www.bunac.org)

“BUNAC offers a wide range of work, intern, and volunteer abroad options all over the world. Established in 1962 as a nonprofit with the aim of helping young people work and volunteer abroad, BUNAC offers programs in destinations that include Canada, Australia, New Zealand, Britain and many more”

niat tue bagus dah and kalau boleh biarlah guna saluran yang tepat yea
 
Back
Top
Log in Register