BTC USD 83,356.5 Gold USD 4,124.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

mencari bomoh

atas rumah aku semua bunyi ada....ingat budak2 lambat tido... rupanya rumah kosong.. haha

jgn timbul dah la....bunyi2 aku xkisah

betul dah tu...sama la dengan aku ni...adoi...paling tak tahan...bunyi macam atas kepala je..adoi
 

Bro....cheq nak kongsi sikit pengalaman cheq...kalau bro ada masalah rumah tangga, kemudian, bro pergi pulak bomoh.....bomoh yang ada berkawan dengan jin mungkin akan ambil kesempatan kepada bro....dan kebarangkalian kehidupan bro akan lebih teruk kerana, sekiranya bomoh itu menggunakan jin yang jahat, maka, jin tersebut akan menyampaikan kepada bomoh tersebut dan cuba menghasut bro orang ini yang buat, orang itu yang buat....bro pun mungkin akan iyakan kata-kata bomoh kerana tally dengan kisah hidup bro....kemudian, berlakulah dendam, perpecahan, tuduh-menuduh dan terputuslah silaturrahim....sebenarnya, bomoh ni tak tahu pun apa kisah sejarah bro, tetapi, dengan perantaraan jin....maklumat sejarah hidup bro akan di diberitahu oleh jin....dengan cara yang bagaimana, dengan cara dorang contact jin yang ada berhampiran dengan bro....pernah dalam hidup cheq, dorang tahu dimana cheq bermain masa kecil, dengan sapa cheq berkawan, dan siapa yang rapat dengan cheq...:D:D....Mungkin jin bomoh tu dah contact jin kat taman perumahan cheq dan jin tu dah bagi maklumat pada jin tu.....maklumlah, jin ni sifat mereka boleh tengok manusia, manusia je dihijab tak boleh tengok mereka.

Berbalik kepada masalah rumahtangga ni, sebaik-baiknya, bro mintaklah kepada Allah petunjuk....cuba bincang dengan bini bro kalau dia 'nak bincang'....perempuan ni, ada sesetengahnya memang berdiam diri untuk menyatakan mereka dah 'taknak' kepada kita. Mereka bimbang dikecam keluarga, dikecam masyarakat padahal 'hati' mereka sudah tidak lagi kepada suami. Maka, tindakan-tindakan pelik pun berlaku. Kita sebagai suami yang cekal mempertahankan rumahtangga akan sedaya upaya berikhtiar termasuk jalan songsang dengan mencari bomoh kerana menyangkakan isteri kita disihir orang. Padahal, 'hati' isteri bukan lagi milik kita.

Seeloknya, bro cuba tanya isteri sekiranya isteri masih boleh bercakap dan pandang muka bro....kalau dia dah taknak tengok muka bro, maka, dia telah benci kepada bro.....kemudian, langkah seterusnya, bro kena jumpalah ibu bapanya dan tanya apa masalah anaknya.....ada sesetengah ibu bapa pun tidak dapat memujuk dan mencungkil rahsia hati anak mereka.....maka, bro kena kembali memohon kepada Pemilik Yang Menciptakan Hati manusia iaitu Allah....insyaallah....disitu, ada jawapannya, untuk kes saya, setelah saya memohon petunjuk, maka, Allah 'membuka' mulut bekas isteri saya dan dia menyatakan bahawa dia tidak lagi berkeinginan perkahwinan kami....so, saya STOP situ.....sekiranya bro dah dapat jawapannya, bro bolehlah membuat persiapan untuk ke Mahkamah Syariah.

Nasihat saya, jangan mintak kepada bomoh.....mintaklah kepada Allah....

ape yg bro ckp semua sy da buat.... skrng kes sy semua tergantung..
 
maaf cakap, menurut telekan patik, istri tuan tak puas. nafsu nya tak dapat dipuaskan oleh tuan.

nasihat saya,
malam ni set jam, sebelum tido mohon dari Allah utk jaga malam. solat tahajjud, solat hajat, nangis lah tuan malam nanti, ngadu pada Allah. Dia yang berkuasa membolak balik kan hati manusia.

Tuan dan Istri dari keturunan baik-baik. Doa mohon pada Allah dengan seikhlas hati.

Dengan cara taqwa, Allah akan menunjukkan jalan keluar dari segala permasalahan.
 
betul.. xde apa2 kebiasaannya. saya duduk rumah kedai lama. depan belakang kawasan paya.time malam xde org yg duduk sederet bangunan tu..
biasa dgr bunyi bende diseret.. org ketuk hammer.. org belari ... bunyi pintu ditutup dll.. tp xde apa2 setakat ni..
sy mcm rasa dinding atau segala bende disekeliling kita ni boleh menyimpan bunyi.. ada masa ianya dipantulkan balik.. dan itu yg kita biasa dgr mungkin ..

tp ada satu malam tu mmg sy betul2 takut... sbb ada bunyi org panggil nama saya jam 2pagi ..
bunyi datang dr arah pintu belakang yg berdepan dgn paya... siang hari pun mmg jarang org lalu situ..
tapi rupanya musibat taik gam .. dtg dr pintu blkang nk beli gam cap senapang pkl 2pagi.. alasan nya nk tampal tiub bocor :mad: :mad:

kesian dia bro. emergency sgt tu...kita kenalah tolong menolong sesama insan walau dah kul 4 pg sekali pun
 
ape yg bro ckp semua sy da buat.... skrng kes sy semua tergantung..

cuba cite sikit bro

cer cite

cer cite



masalah bro tak sehebat masalah jejaka perasan HOTTTT kat thread sebelah. jejaka perasan di spy la, di hantar jampi la, di paksa kawin la, dan bla2... ~X(~X(~X(~X(
 
cuba cite sikit bro

cer cite

cer cite



masalah bro tak sehebat masalah jejaka perasan HOTTTT kat thread sebelah. jejaka perasan di spy la, di hantar jampi la, di paksa kawin la, dan bla2... ~X(~X(~X(~X(

sbb masalah TT ni ada logiknye jugak....
hal melibatkan rumah tangga ni mmg betul serabut dari masalah org bujang.....
masalah org bujang ni touching je lebih padahal xde ape2 pun
 
sbb masalah TT ni ada logiknye jugak....
hal melibatkan rumah tangga ni mmg betul serabut dari masalah org bujang.....
masalah org bujang ni touching je lebih padahal xde ape2 pun

betul2...aku setuju sgt..
 
Back
Top
Log in Register