lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Mencari Air Hingga Langit Ketujuh
Abdul Latiff Yusoff koma akibat kemalangan ngeri pada malam 17 Januari 1983. Beliau cedera parah dan tidak sedarkan diri selama lebih 12 jam.
Ketika para doktor dan jururawat bertungkus-lumus merawatnya, tiba-tiba Abdul Latiff mendapati seolah-olah ‘rohnya’ keluar meninggalkan jasadnya lalu terawang-awang di udara memerhatikan jasadnya yang cuba diselamatkan.
Beliau merasa amat dahaga. Sewaktu diapungkan, langit bagaikan terbelah dua untuk memberikan laluan kepadanya dan dalam sekelip mata sahaja, Ahdul Latiff telah berada di pintu langit pertama. Bau-bauan harum yang tidak pernah dihidunya sebelum ini menusuk ke dalam rongga hidung.
Seiring dengann bauan itu, muncul satu lembaga menyerupai manusia. Raut wajahnya bersih dan bercahaya, tubuhnya disaluti kain puth seperti dalam ihram, sedangkan Abdul Latiff dalam keadaan tidak mempunyai tubuh fizikal. Beliau hanya wujud dalam bentuk penglihatannya semata-mata untuk menyaksikan pengalaman yang bakal dilalui.
Kedatangan Abdul Latiff disambut dengan ucapan salam, namun di antara mereka bagaikan ada tembok pemisah. Abdul Latiff gagal mendekati dan menyentuh tangannya sedangkan lembaga itu sentiasa berada hampir dengan beliau.
Seolah-olah mengerti Abdul Latiff sedang kehausan, lembaga itu menghulurkan sebotol air yang tersimpan dalam pakaian ihramnya. Airnya bersih dan bercahaya. Anehnya, wlalupun ketika itu beliau merasa amat dahaga, namun Abdul Latiff menolak pemberian tersebut. Beliau ingin mencari sendiri air yang dihajatinya.
Dalam keadaan cuaca yang tidak panas dan tidak redup, Abdul Latiff diapungkan untuk menyaksikan lapisan langit pertama. Dilihatnya padang pasir yang tandus dan tiga batang anak sungai. Setiap satunya mengalirkan air yang kotor, hitam berkilat dan pekat. Meskipun berasa amat dahaga tetapi air ini tidak sanggup diminum olehnya.
Langit pertama ditinggalkan dan Abdul Latiff seperti ditatang naik ke lapisan kedua. Di situ, Abdul Latiff ditemukan pula dengan padang pasir yang berbukit-bukau dalam keadaan tinggi dan rendah. Suasananya terasa lebih nyaman. Di situ terdapat lima batang anak sungai dan jajaran anak-anak pokok yang tumbuh memanjat ke puncak bukit berkenaan. Tapi Abdul Latiff hampa kerana air sungai itu juga kotor, hitam berkilat dan pekat.
Menyedari pencariannya sudah dua kali menemui kegagalan, lembaga berpakaian ihram tadi sekali lagi menawarkan air yang sentiasa dibawanya itu. Bagaimanapun, Abdul Latiff tetap enggan menerimanya dengan alasan beliau sendiri mampu memperolehinya sendiri nanti. Lembaga itu tersenyum, mukanya bercahaya dan membiarkan Abdul Latiff terus mencari.
Di langit keiga, keempat, kelima dan keenam – tidak banyak berbeza. Setiap lapisan langit itu ditumbuhi oleh pohoh-pohon yang amat tinggi namunn berada beribu batu jauhnya di bawah beliau.
Anak-anak sungai mengalir semakin panjang dan bilangannya terus bertambah kepada tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas. Sungai terpanjang ditemui berada di lapisan langit yang keenam, tetapi air yang dialirkan tetap sama – tidak boleh diminum.
Seperti ada sesuatu yang menggelegak, kerongkong Abdul Latiff bagaikan terbakar. Beliau semakin dahaga dan diapungkan pula ke lapisan langit ketujuh.
Di situ, beliau ditemukan dengan lima belas batang anak sungai menjadikan jumlahnya kepada 63 batang sungai yang berada di langit pertama hingga langit ketujuh. Kesemua air yang mengalir tetap kotor, hitam berkilat dan pekat.
Lembaga yang mengiringinya dari lapisan lanngit pertama hingga lapisan ketujuh tetap setia dan cuba memeberikan bantuan tetapi pelawaannya tidak pernah diterima. Mereka tidak berdialog dan berinteraksi, tetapi masing-masing seolah memahami antara satu usama lain.
Dalam keadaan kehausann itu, Abdul Latiff memandang ke bawah – dan melihat secara telus jasadnya yang tertinggal di bumi. Beliau dapat melihat dengan jelas tubuh kurusnya terlantar di atas stretcher dengan berselimut putih yang dipenuhi tompokan darah. Wayar-wayar bersambungan di kiri kanan tangannya, satu mengalirkan air glukosa dan satu lagi saling bertukaran dengan beg-beg yang berisi darah.
Tiba-tiba Abdul Latiff terjaga daripada komanya. Beberapa orang jururawat dan tiga orang doktor berada di sekelilingnya. Waktu ketika itu dianggarkan sekitar jam 2.00 petang dan beliau berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur.
“Saya tidak tahu apa kelebihan dan kekurangan saya. Tetapi saya dapat merasakan kembara saya ke alam ghaib ini adalah sesuatu yang nyata. Lebih mengagumkan, sewaktu mendongak saya dapati satu sinar seperti bentuk kun terbalik memancarkan cahaya.” terang beliau mengakhiri kisahnya sepanjang tempoh beliau koma.
:::::::::::::::::::::::::: Sumber: Mastika, Jun 2011