BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menari beramai-ramai tanda protes

ree1

Active Member
Messages
1,145
Joined
Nov 30, 2011
Messages
1,145
Reaction score
380
Points
41
wanita+menari+semasa+protes.jpg

BAITULMUQADDIS - Lebih 200 wanita menari di sini kelmarin dalam satu tunjuk perasaan bagi menentang diskriminasi terhadap mereka di tempat awam.

Mereka menari mengikut rentak lagu nyanyian penyanyi terkenal, Adele yang berjudul Rolling in the Deep.

Sebuah pembesar suara memperdengarkan lagu tersebut di jalan Ben-Yehuda.

Majlis itu dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar Universiti Hebrew, lapor akhbar Jerusalem Post semalam.

Seorang pengarah aktiviti sosial persatuan itu, Inbar Admon menyatakan pihak pemerintah dan pengurusan bandar Baitulmuqaddis perlu mengatasi isu bagi memisahkan golongan wanita daripada lelaki di tempat awam.

Admon menyatakan, poster-poster yang mempamerkan model wanita pernah ditanggalkan daripada jalan-jalan raya di sini.

Menurutnya, beberapa wanita muda turut diludah dan diganggu di sini menyebabkan tunjuk perasaan itu diadakan. – Agensi
 
Universiti Hebrew? Yahudi la tu
 
:D awok-awok yahudi ni pun ada 'diskriminasi' gak ?
 
Ni kat area mana ni,xkan yahudi pun diskriminasi kat wanita gak,xke kat israel adalah kebebasan penuh tanpa batasan.
Jgn plak ade yg kaitkan islam dengan diskriminasi kat israel sbb kat sane yg berkuasa penuh adalah zionis.
 
Back
Top
Log in Register