feer6452
Super Active Member
- Messages
- 8,855
- Joined
- Apr 23, 2011
- Messages
- 8,855
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana perselisihan faham kecil, seorang menantu tergamak mengugut bapa mertuanya menggunakan sebilah parang, dalam satu kejadian, 28 Ogos lalu.
Bagaimanapun, perbuatan biadab menantu berkenaan, Mohd Shukri Harun, 35, terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Shukri yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah menggunakan sebilah parang dengan memberi ancaman terhadap bapa mertuanya, Mohamad Idris, 74.
Dia yang berasal dari Kampung Sungai Temiang, Kuala Belara, Manir, di sini, mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Kampung Kuala Belara, Manir, di sini, kira-kira jam 6.10 petang, 28 Ogos lalu.
Dengan itu, Mohd Shukri yang memiliki rekod jenayah lampau iaitu mencuri kenderaan mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada di rumahnya didatangi Mohd Shukri dalam keadaan marah sambil membawa sebilah parang.
Mohd Shukri bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan mangsa selepas berlaku perselisihan faham kecil antara mereka sebelum ini.
Pertengkaran itu berjaya dileraikan ahli keluarga lain sebelum mangsa yang bimbang keselama-tannya membuat laporan polis.