BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melayu Gila Plat

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
Melayu gila plat kereta cantik

Sembilan daripada 10 tender KDY 8, KDY 88, KDY 888, KDY 8888

ALOR SETAR: Minat orang Melayu di negeri ini menggunakan nombor plat kenderaan yang menarik dan istimewa meningkat dengan ketara apabila jumlah mereka yang menyertai tender terbuka untuk mendapatkan nombor itu semakin ramai.

Ini menunjukkan golongan itu kini sanggup menghabiskan sehingga berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkan nombor plat kenderaan menarik, yang selama ini kebanyakannya lebih diminati bangsa Cina.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman (kanan), berkata kajian pihaknya mendapati dalam kes nombor tertentu, sembilan daripada 10 yang menyertai tender adalah Melayu dan mereka sanggup membayar harga tinggi untuk mendapat nombor plat digemari.

Sebagai contoh, katanya, bagi nombor plat siri KDY 8, KDY 88, KDY 888 dan KDY 8888, sembilan daripada 10 pembida setiap nombor berkenaan adalah orang Melayu.

“Selain individu, pembida berkenaan adalah syarikat milik orang Melayu yang mana ia menunjukkan aliran golongan itu semakin meminati nombor plat menarik dan istimewa yang mana selama ini lebih diminati kaum bukan Melayu," katanya di sini.

Beliau berkata, selain nombor 8 yang biasanya diminati kaum Cina kerana kepercayaan mereka bahawa nombor itu membawa tuah atau `ong', nombor lain yang diminati Melayu yang memiliki kereta mewah ialah nombor 1 hingga 10.

JPJ mengkategorikan nombor plat kenderaan 1 hingga 10 sebagai nombor bernilai utama yang mana harga tendernya bermula dengan minimum RM10,000, manakala nombor menarik minimum RM2,000 dan nombor popular RM300.

Mengikut rekod JPJ, antara kutipan tertinggi bagi nombor bernilai utama ialah KCT 1 bernilai RM66,500, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000) yang mana pemenang bidaan beberapa nombor berkenaan terdiri daripada individu atau syarikat Melayu.

Difahamkan, selain terikut-ikut dengan minat masyarakat Cina yang memilih sesuatu nombor kerana percaya ia membawa tuah, minat orang Melayu terhadap nombor menarik dan bernilai tinggi itu dipercayai ada kaitan dengan taraf ekonomi mereka yang semakin baik sehingga mampu memiliki kereta mewah.

Ahmad Musadad berkata, aliran terbaru itu membawa faedah kepada JPJ dan kerajaan khususnya, kerana secara tidak langsung kutipan hasil juga meningkat yang mana ia dapat disalurkan untuk faedah rakyat bagi tujuan pembangunan infrastruktur.

Difahamkan, tahun lalu JPJ seluruh negara mengutip hasil RM2.9 bilion daripada pendaftaran nombor plat kenderaan dan bagi Kedah pula untuk siri KCX saja kutipannya ialah RM485, 534.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melayugilaplatkeretacantik/Article
 
Tokey Itikadraya kot....hehe
 
Bagi aku takde pa pun nak dibanggakan ngan plet keta cantik.Buang duit.Baik duit tu sedekah kat anak yatim ke...daripada dok beli no keta je keje.
 
melayu pun dah percaya dgn istilah 'ada ong' kot..
 
skrg baru masuk KDA. mana blh bida plet KDY. siapa yg silap nih? JPJ ka reporter yg salah?
 
Bagi aku takde pa pun nak dibanggakan ngan plet keta cantik.Buang duit.Baik duit tu sedekah kat anak yatim ke...daripada dok beli no keta je keje.

kadang2 no plat lagi mahal dr harga kete... :eek::)paid
 
melayu pun dah jadi fanatik dgn plate number mcm bangsa lain...
 
Biasanya yang tander number cantik2 ni runner je. Leaps tu dia orang jual number tu. So harap atok2 jpj jangan tertipu.
 
senang nak hafal no plat keta sbb keta byk :))
 
Back
Top
Log in Register