Salam, saya nak kongsi sikit,
abg saya dulu ada bukak cc di klang 4-5 tahun, lepas tu tutup pasal kos utiliti sangat tinggi. Lagipun dulu internet memang mahal dan pc tak energy efficient..
Lepas beberapa tahun, saya pernah jugak keje kedai cc org cina, saja suka-suka lepas habis study.
memang income masuk purata RM1k sehari, kalau hari cuti lagi banyak
macam mana dia buat?
1)Ada kedai cc lain offer RM1.5/jam, dia buat jugak RM2.00/jam pasal dia pakai sistem membership (cth: Ahmad ada akaun di cc tu, dalam akaun dia ada RM4.00 so dia boleh main 2 jam, kalau habis dia boleh topup di kaunter, dia masuk cc terus login username & password dia so tak payah sibuk nak ke kaunter)
2)sistem membership ni ada point, sampai certain point boleh dapat main beberapa jam free, dari point ni jugak dia boleh beli air/makanan/print di cc tu.
3) dalam sistem online dia ni ada cabutan bertuah setiap minggu
4) pc kena sekurang-kurangnya mid spec, yg boleh main macam-macam games dan susah nak hang, games online pulak selalu ada update so kena update selalu.
5) pakai sistem harddisk-less, dan pakai server
6) pc, aircond, pakai yg yg energy efficient
7) ada mesin laminate, printer+scanner+fax, fotostat
ada lagi beberapa benda, tapi tak berapa ingat pasal dah lama..setakat ni ini la yg saya dapat kongsi