BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,174.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekanik berhati mulia

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,847
Points
196
Mekanik berhati mulia



SERI KEMBANGAN: Seorang mekanik berhati mulia apabila sanggup menjaga anak jirannya yang mengalami masalah mudah lupa dan ‘berwajah gajah’ ketika bapa wanita berkenaan keluar bekerja.

Sikap V Kanan, 42, ini wajar dicontohi orang ramai apabila sanggup membantu jirannya, Chan Moong Ping, 42, yang menghidap penyakit kapilari darah di muka tersumbat sehingga menyebabkan lebih separuh mukanya membengkak dan menggerutu sehingga menyebabkan kelihatan seperti kepala gajah.


“Saya faham ayah Moong Ping terpaksa keluar bekerja manakala ibunya pula dimasukkan di hospital akibat sakit jantung menyebabkannya sering tinggal bersendirian. “Masalah Moong Ping pula, dia mudah lupa termasuk jalan pulang menyebabkannya hilang apabila keluar daripada rumah. Pernah rakan saya memberitahu melihat Moong Ping berjalan kaki di Lebuh Raya Seremban menyebabkan saya dan ayahnya terpaksa keluar mencari dan membawa dia pulang,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Bimbang keselamatan jirannya, Kanan sanggup membelikan makan tengah hari dan sering menjenguk Moong Ping tanpa mengharap sebarang balasan daripada keluarga jirannya kerana sedar ia satu tanggungjawab hidup berjiran.


Bagi ayah Moong Ping, Chan Hoong Yee, 66, tidak terlintas niat di hati untuk menyusahkan Kanan, tetapi dia tidak mempunyai pilihan meninggalkan anaknya bersendirian di rumah kerana perlu bekerja untuk mendapatkan wang bagi menampung kos perbelanjaan mereka sekeluarga termasuk rawatan isterinya.


“Disebabkan gaji hanya RM1,500 sebulan, saya tidak mampu mendapatkan rawatan untuk anak saya bagi memulihkan penyakit yang dihadapinya.



“Saya berharap muka anak saya pulih sepenuhnya dan membolehkan Moong Ping bergaul dengan orang ramai,” katanya.


Difahamkan Moong Ping menghidap penyakit itu sejak dilahirkan dan bengkak pada mukanya semakin membesar sehingga menyebabkan dia digelar ‘manusia gajah’.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong berkata pihaknya akan membantu Moong Ping untuk mendapatkan rawatan pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam masa terdekat.


“Malah saya juga difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sudah meluluskan bantuan kewangan RM300 sebulan kepada Moong Ping selepas kami mengemukakan permohonan itu beberapa minggu lalu.


“Selepas ini, kami akan menghantar Moong Ping ke HKL bagi menjalani rawatan penyakit yang dialaminya. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi pejabat kami dan saya sendiri akan memberikan bantuan itu kepada keluarga Moong Ping,” katanya.


Bulan lalu, MCA Bahagian Serdang juga berjaya membawa Leong Chee Ming, 42, yang turut mengalami penyakit sama untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mekanikberhatimulia/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register