ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
ABDUL Rahman menunjukkan kertas daripada batang pisang.
Putrajaya: Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 yang berlangsung di Presint 3, bermula Rabu lalu dan berakhir semalam disifatkan sebagai medan perkongsian ilmu antara pengusaha dan peniaga yang terbabit dalam penganjuran program berkenaan.
Perkara itu diakui seorang pembuat barang kraftangan, Mariyamah Kamari, 63, yang turut berpeluang menyertai karnival berkenaan bagi mempamerkan produk barangan serta menjualnya kepada orang ramai.
Menurutnya, dia yang berasal dari Johor pertama kali menyertai karnival itu menerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
"Sepanjang saya berada di sini, banyak ilmu dapat dikongsi bersama pengusaha dan peniaga lain antaranya kaedah betul memasarkan produk yang dihasilkan."Bukan saja mengenai selok-belok perniagaan, saya juga dapat mengetahui bagaimana melakukan kaedah pembungkusan barangan dengan baik untuk dijual," katanya ketika ditemui di KUD, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Source: http://www.hmetro.com.my/node/75795