BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aidilfitri Medan Perkukuh Hubungan, Kebersamaan - Pemimpin Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
6ca0293720b6ec498832c11facc93c6869bd3fad9ff43

877c6b0cfa6751093dbf48086226e04269bd4078cec84

37b24e2ddc100b68cbf02c330c79450569bd40cec1084

76fec9af7829093fc7028e4de20bc3ad69bd4150ee0a7

Tangkap layar video daripada laman Facebook Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun.

Ketua-ketua kerajaan negeri berharap Aidilfitri yang disambut umat Islam di seluruh negara esok menjadi medan memperkukuh silaturahim, menyemai nilai kasih sayang serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hari kemenangan itu membuka ruang untuk seluruh umat Islam mengeratkan silaturahim, saling bermaafan serta menghargai keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling.

"Maaf zahir dan batin daripada saya dan keluarga, semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan kepada kita semua,” katanya dalam ucapan hari raya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat untuk menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai platform memperkukuh silaturahim serta menyemai kembali nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mendoakan seluruh rakyat Pahang sentiasa dilimpahi rahmat, diberikan kesihatan yang baik serta terus hidup dalam suasana aman dan sejahtera.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi catatan di Facebook, berkata Syawal mengingatkan umat Islam untuk terus memelihara silaturahim dan tidak membiarkan perbezaan kecil merenggangkan hubungan yang telah terjalin sekian lama, selain bergembira di Aidilfitri.

"Mudah-mudahan segala amal kebaikan kita sepanjang Ramadan diterima Allah SWT dan ikatan kasih antara sesama kita terus dipererat dengan penuh keikhlasan," katanya.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula menyeru rakyat di negeri itu supaya terus memperkukuh semangat kebersamaan dan memacu kesejahteraan sempena sambutan hari raya ini.

Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama perlu terus dipelihara keharmoniannya demi mencapai kehidupan yang aman, stabil dan sejahtera.

 
Back
Top
Log in Register