BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Movie Mechamato Movie

“Kami berterima kasih kepada semua yang mengundi Mechamato. Kami sangat teruja dengan anugerah Tokyo Anime Award Festival dari Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan industri animasi mereka.
“Ini adalah satu permulaan baik untuk Mechamato di pasaran Jepun dan juga pasaran antarabangsa. MONSTA yakin ia mampu memikat hati penonton Jepun terutama golongan kanak-kanak kerana konsepnya unik dan ceritanya penuh dengan nilai-nilai murni,”

Mechamato cipta sejarah menang anugerah Festival Anime Tokyo 2023​

10/02/2023

mechamaaa_1675999380.jpg

Kuala Lumpur: Siri animasi Mechamato terbitan MONSTA melakar sejarah sebagai animasi pertama dari luar Jepun menang kategori Anime Fan Award di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak berkata, kejayaan itu sangat membanggakan kerana Mechamato memang mendapat sokongan luar biasa dalam kalangan rakyat Jepun juga.

“Kami berterima kasih kepada semua yang mengundi Mechamato. Kami sangat teruja dengan anugerah Tokyo Anime Award Festival dari Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan industri animasi mereka.

“Ini adalah satu permulaan baik untuk Mechamato di pasaran Jepun dan juga pasaran antarabangsa. MONSTA yakin ia mampu memikat hati penonton Jepun terutama golongan kanak-kanak kerana konsepnya unik dan ceritanya penuh dengan nilai-nilai murni,” katanya.

Mechamato layak dipertandingkan dalam anugerah itu kerana pernah ditayangkan di Cartoon Network Jepun pada Mac tahun lalu.

Popularitinya di sana turut melonjak naik selepas ditayangkan di platform penstriman Netflix Jepun pada Oktober lalu.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin berkata, mereka sangat terharu apabila Mechamato berjaya memikat penonton di Jepun dan berhasrat mahu menembusi lebih jauh pasaran di sana.

“Terima kasih Cartoon Network Jepun kerana memberi kepercayaan kepada Mechamato. Secara tidak langsung, anugerah ini dapat membantu MONSTA untuk meyakinkan pengedar di Jepun untuk menerima hasil karya anak Malaysia.

“Kami tidak mahu berhenti hanya di sini. MONSTA akan terus berusaha untuk membawa siri Mechamato ke stesen TV tempatan mereka, dan kalau mampu, untuk menayangkan Mechamato Movie di pawagam sana juga,” katanya.

Diterbitkan sejak Disember 2021, Mechamato antara animasi luar bertanding di anugerah itu. Ia juga menjadi karya pertama luar Jepun memenangi kategori terbabit sejak dipertandingkan bermula 2014 lalu.

Anime Fan Award adalah kategori dibuka buat peminat mengundi animasi kegemaran mereka setiap hari selama lebih 25 hari. Mechamato meraih tempat pertama dengan lebih 40,000 jumlah undian dari dalam dan luar Jepun.
Anugerah terbabit pernah dimenangi karya popular seperti Idolish Seven pada 2021 dan 2022, Uta no Prince-sama (2020), Yuri!!! on ICE (2018, 2017) dan lain-lain.

Harian Metro
 
Berbaloi ni tengok Mechamato
Sokonglah animasi tempatan
 
#BHhiburan Mechamato menang siri animasi pilihan di Tokyo, kali pertama trofi milik karya bukan dari Jepun
https://bit.ly/3RUIBbM

Mechamato cipta sejarah lagi​

Februari 11, 2023 @ 1:00pm

Mechamato muncul karya pertama dari luar Jepun yang meraih trofi Anime Fan Award pada Tokyo Anime Award Festival 2023.

Mechamato muncul karya pertama dari luar Jepun yang meraih trofi Anime Fan Award pada Tokyo Anime Award Festival 2023.

https://www.celcom.com.my/personal/...tm_term=com&utm_content=en_300x150#home-fibre

KUALA LUMPUR: Siri animasi terbitan anak tempatan, Mechamato muncul karya pertama dari luar Jepun yang meraih trofi Anime Fan Award pada Tokyo Anime Award Festival 2023 apabila beroleh 40,000 undi peminat, baru-baru ini.

Kejayaan Mechamato cukup membanggakan kerana sejak acara yang mengiktiraf seni kreatif pengkarya animasi itu diperkenalkan pada 2014, belum ada siri animasi dari luar Jepun yang mengungguli kategori itu.

Kemenangan itu meletakkan siri animasi terbitan MONSTA sebaris karya animasi popular lain antaranya Idolish Seven yang meraih trofi sama pada 2021 dan 2022; Uta no Prince-sama (2020), Yuri!!! On ICE (2017 dan 2018).
Sebelum ini, Anime Fan Award membuka undian lebih 25 hari bagi peminat memilih siri animasi kegemaran.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak berterima kasih kepada peminat yang mengundi Mechamato sebagai siri animasi pilihan.
"Kami sangat teruja dengan anugerah dari acara berprestij seperti Tokyo Anime Award Festival ini.

"Sebagai negara yang terkenal dengan industri animasi, kejayaan ini dianggap suatu permulaan yang baik untuk Mechamato tembusi pasaran Jepun dan antarabangsa.

"Kami yakin Mechamato dapat memikat hati penonton Jepun, terutama kanak-kanak kerana konsepnya yang unik dan ceritanya yang penuh dengan nilai murni," katanya.

Kejayaan Mechamato meraih trofi Anime Fan Award pada Tokyo Anime Award Festival 2023 cukup membanggakan kerana belum ada siri animasi dari luar Jepun mengungguli kategori itu.
Kejayaan Mechamato meraih trofi Anime Fan Award pada Tokyo Anime Award Festival 2023 cukup membanggakan kerana belum ada siri animasi dari luar Jepun mengungguli kategori itu.

MONSTA yakin Mechamato dapat memikat hati penonton Jepun, terutama kanak-kanak kerana konsepnya yang unik dan cerita penuh dengan nilai murni.
MONSTA yakin Mechamato dapat memikat hati penonton Jepun, terutama kanak-kanak kerana konsepnya yang unik dan cerita penuh dengan nilai murni.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin berterima kasih kepada Cartoon Network Japan kerana memberi kepercayaan kepada siri animasi Mechamato.

"Anugerah ini secara tidak langsung dapat membantu MONSTA meyakinkan pengedar di Jepun untuk menerima hasil karya anak Malaysia.

"Kami tidak mahu berhenti di sini, sebaliknya, MONSTA akan terus berusaha membawa siri Mechamato ke stesen televisyen (TV) tempatan Jepun.

"Kita juga bercita-cita menayangkan Mechamato Movie di pawagam di Jepun," katanya.

Mechamato layak bertanding pada Tokyo Anime Award Festival 2023 kerana siri berkenaan ditayangkan di Cartoon Network Japan pada Mac 2022.

Populariti siri animasi dari Malaysia itu semakin melonjak apabila disiarkan di platform penstriman NETFLIX Jepun pada Oktober 2022.
 
Mechamato terima anugerah peminat anime di Tokyo​

14 Mac 2023 11:25pm

2127098.jpg

Filem Mechamato terbitan Monsta menerima Anugerah Peminat Anime di Festival Anugerah Anime Tokyo (TAAF) 2023.

KUALA LUMPUR - Filem Mechamato terbitan syarikat tempatan Animonsta Studios (Monsta), yang melakar sejarah tersendiri sebagai animasi pertama dari luar Jepun memenangi Anugerah Peminat Anime, menerima anugerah itu hari ini di Festival Anugerah Anime Tokyo (TAAF) 2023.

Monsta dalam satu kenyataan memaklumkan Mechamato layak menerima anugerah itu selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas.

Ketua Pegawai Kreatif Monsta, Anas Abdul Aziz menerima anugerah itu dengan memakai baju Melayu biru muda mewakili syarikat berkenaan pada majlis yang berlangsung di Tokyo selama empat hari dari 10 hingga 13 Mac.

Menerusi ciapan di akaun Twitter, Anas menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan beliau kepada mereka yang sudi mengundi Mechamato.

"Alhamdulillah. Terima kasih kepada setiap peminat yang sudi mengundi kami dari seluruh Rantau Asia Pasifik. Kami akan terus bekerja keras dan membawa AniMY (animasi Malaysia) ke destinasi baharu dan pada masa sama, turut mengeksport budaya kami," katanya.

Kenyataan itu menyebut Monsta berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Jepun, yang sememangnya terkenal dengan industri animasi hebat di mana Mechamato mampu menawan hati penonton negara itu terutama dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.

Mengulas rancangan masa depan Monsta untuk mengembangkan siri animasi itu di Jepun, Anas berkata Mechamato Musim Kedua sudah selesai menjalani proses alih suara untuk jadual siaran di negara berkenaan manakala Mechamato Musim Ketiga sedang dalam pembikinan.

Mechamato kini berada di tangga teratas dalam kategori filem animasi tempatan serta ditayang di rangkaian pawagam Indonesia dan Singapura kerana ia telah dialih suara sepenuhnya ke dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, Anugerah Peminat Anime telah dimenangi oleh beberapa filem ikonik seperti Idolish Seven pada 2021 dan 2022, Uta no Prince-sama pada 2020 dan Yuri!!! On ICE pada 2018 dan 2017. - Bernama

#Showbiz Popular local cartoon #Mechamato The Animated Series created history by being the first animation series outside of Japan to win the prestigious Anime Fan Award at the recent Tokyo Anime Awards Festival (TAAF) 2023.

#Showbiz: 'Mechamato' first non-Japanese series to win Anime Fans Award in Tokyo​

March 16, 2023 @ 9:18am
1603nstMechamato_1678929521.jpg
‘Mechamato The Animated Series’ is the first animation series outside of Japan to win the prestigious ‘Anime Fan Award’ at the recent Tokyo Anime Awards Festival 2023. – Pic courtesy of Monsta

KUALA LUMPUR: Popular local cartoon Mechamato The Animated Series created history by being the first animation series outside of Japan to win the prestigious Anime Fan Award at the recent Tokyo Anime Awards Festival (TAAF) 2023.

The series, produced by Malaysian animation company Monsta, was eligible for the award after being screened on Cartoon Network Japan and Netflix Japan last year.

Monsta CEO Anas Abdul Aziz proudly donned a baju Melayu ensemble during the awards ceremony in Tokyo, Japan recently where he received the trophy on behalf of Monsta.
In a Twitter post he wrote: "Alhamdulillah. Thank you to every single fan who voted for us from the whole Asia Pacific Region."

He added: "We will continue to work hard and bring AniMY (Malaysian animation) to new regions and export our culture as well."

The Japanese language version of Mechamato being aired in Japan showcases a pool of top tier voice actors such as Ayumu Murase, the voice behind popular characters such as Hinata Shoyo from Haikyuu!, Venti from the mobile game Genshin Impact and Kage in Ousama Ranking.

He voices the role of the main hero, Amato.

Yoshitsugu Matsuoka, who is known for voicing characters such as Inosuke in Demon Slayer, Xiao in Genshin Impact, Kirito in Sword Art Online, voices Amato's robot friend, MechaBot.

Previously, the Anime Fan Award was won by iconic anime titles such as Idolish Seven in 2021 and 2022, Uta no Prince-sama in 2020, and Yuri!!! On Ice in 2018 and 2017.

Monsta is grateful to receive such recognition from Japan, a country renowned for its powerful animation industry.
The company is thrilled that Mechamato has been able to captivate the hearts of the Japanese audience, especially kids and families.

When asked about Monsta's future plans to expand Mechamato in Japan, Anas replied to the TAAF interview committee member, Mr Takeuchi that Mechamato Season 2 had already finished its Japanese language dubbing process and that Mechamato Season 3 was currently in production.

The Mechamato Movie, which currently holds the top spot in the local animated film category, has been fully dubbed into English for the international market.

After almost 14 weeks in cinemas, the movie has finished its run in Malaysia.

It is now being screened in cinema chains across Indonesia and Singapore.
 
Back
Top
Log in Register