BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Serius Laporan Anthropic, Sedang Teliti Maklumat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MCMC Serius Laporan Anthropic, Sedang Teliti Maklumat​

1727463de8267eb296c1430bd56f39ed5faa819e1dc2c


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius laporan terkini yang diterbitkan oleh Anthropic dan sedang meneliti perkara yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa perkara yang dinyatakan dalam laporan itu, bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat MCMC dan pihaknya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan seperti yang digambarkan dalam laporan tersebut.

“Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat MCMC. MCMC juga tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan sebagaimana yang digambarkan dalam laporan tersebut,” menurut kenyataan MCMC.

Terdahulu, media melaporkan sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat, Anthropic, mendedahkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti dan menyingkirkan satu akaun yang menggunakan  platform AI Claude, untuk mengendalikan sebuah platform manipulasi pilihan raya secara komersial yang menyasarkan pengguna di Malaysia.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 10 Sept, syarikat itu mengesan rangkaian yang terdiri daripada kira-kira 1,000 akaun media sosial palsu di X, sebuah portal berita palsu serta beberapa dossier atau fail risikan yang direka-reka.

MCMC dalam kenyataan itu memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan, bagi memastikan fakta sebenar dan memahami konteks isu yang dibangkitkan.

“Berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh, MCMC akan menentukan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut bidang kuasanya, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan,” menurut kenyataan itu.

MCMC dalam kenyataan itu memaklumkan bahawa usaha melindungi orang ramai dan menangani kemudaratan dalam talian, kekal menjadi teras tanggungjawabnya.

“MCMC akan terus memelihara dan memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan dipercayai untuk rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

 
kan dah agak

baruah ph nie perkuat tropper di media je

dekat lapangan mcm anjing kurap.. jentera pun xde.. itu yg kalah johor n9

harapkan tentera red bean army je

skng lebih advanced dgn AI

taktik propa yg sama je dipakai sblm pru 2018..

troopers cyber nie dia lebih jahat..
 
Back
Top
Log in Register