BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCA Seremban tolak Chai Thiam

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
SEREMBAN – Kira-kira 50 ahli MCA berkumpul di Pusat Khidmat MCA Seremban kelmarin sambil memegang kain rentang tertulis ‘MCA bahagian Seremban membantah Dr Yeow Chai Thiam bertanding sebagai calon Parlimen Seremban di PRU13’.

Tindakan itu dibuat berikutan mereka tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti yang memilih Chai Thiam sebagai calon.
Ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei berkata, mereka membantah keputusan pucuk pimpinan itu.

“Kami kecewa dengan keputusan itu dan mahukan calon lain yang lebih sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban.

“Malah jika Chai Thiam terus dikekalkan sebagai calon, kami sepakat tidak akan turun padang membantu MCA bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian difahamkan penduduk di Dun Chennah turut menolak calon baru iaitu Siow Foo Wen dan mahukan calon lama iaitu Datuk Siow Chin Pin dikekalkan bertanding di kawasan tersebut.
 
satu lagi berita gembira utk aku..

thanks TT
 
dun worry x der apa2 kata uncle meuhyidn...semuanya berjln lancar dan semua parti komponen bersatu:eek::eek:
 
parlimen seremban ni majority lebih 1%....tapi parti cina yang bertanding..pelik
 
kalu calon menang semua di tolak..
agak2 boleh menang ko BN weii..
 
sana sini ahli bn duk bantah, tapi tak masuk tb3 punggg.
yg ada ketua cbg pkr perak je smlm.
hehe
 
dlu yeow chai thiam ni penah bg award kt den mase darjah 6 dlu.. 13 tahun yg silam.
 
nampaknya BN dah ada masalah besar nie..kebanyakkan calon yg bertanding tidak disukai penduduk setempat..

pening lah pak jib.. kekal yg lama memang kalah..

letak calon baru pun kalah juga..

memang dah sampai masa tutup buku dah BN nie..
 
Back
Top
Log in Register