BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCA Masuk ‘Gear 5’, Siap Sedia Hadapi PRU16 - Wee Ka Siong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MCA Masuk ‘Gear 5’, Siap Sedia Hadapi PRU16 - Wee Ka Siong​

ba44bcab9d792a855e3894f3b28fb1206aaa90a2ce376

a39a5a4a5fcb3bc8b1b10ff1a0e089316aaa90aed3bcd

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berucap pada Konvensyen Tahunan MCA Negeri Johor 2026 di Che Ann Khor Yong Peng, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


MCA sudah berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong.

Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata parti itu sentiasa membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya dan tidak menunggu sehingga tempohnya semakin hampir.

Beliau berkata berdasarkan rekod 15 pilihan raya umum sebelum ini, tempoh sesebuah pentadbiran lazimnya antara tiga tahun lapan bulan hingga lebih empat tahun sebelum pilihan raya diadakan.

"Jadi, saya rasa pada waktu ini cuma baki berapa bulan sahaja. Kita mungkin empat bulan, lima bulan. Kalau nak disegerakan, saya rasa itu memang lazimnya akan berlaku, tak sampai lima tahun. Kita sebenarnya kena gear 5 dah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Tahunan MCA Peringkat Negeri Johor 2026 di Dewan Persatuan Vhe Ann Khor di sini hari ini.

Mengenai sasaran MCA pada PRU16 selepas parti itu hanya memenangi dua daripada 44 kerusi Parlimen yang ditandingi pada PRU15, Wee berkata jumlah kerusi yang bakal ditandingi bukan keutamaan, sebaliknya tumpuan diberikan kepada kerusi yang berpotensi dimenangi.

"Bagi saya, berapa jumlah tak penting. Nak menang lebih, itu lebih bagus. Kalau syok sendiri dapat 50 kerusi bertanding, kemudian kalah semua pun tak guna. Yang saya nak adalah sasaran kita yang boleh kita menang," katanya.

Mengulas cadangan UMNO Bahagian Kluang supaya MCA meminjamkan kerusi Parlimen Kluang kepada parti itu pada PRU16, beliau berkata perkara berkenaan boleh dibincangkan di peringkat akar umbi, namun keputusan akhir terletak pada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Wee berkata pendekatan sama terpakai sekiranya terdapat permintaan untuk pertukaran atau peminjaman kerusi di kawasan lain.

 
Back
Top
Log in Register