BTC USD 84,525.1 Gold USD 4,261.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MC kerajaan tak valid

bluehyppo23

Active Member
Messages
2,472
Joined
Nov 9, 2006
Messages
2,472
Reaction score
8
Points
25
Salam,

Aq nak kongsi sedikit masalah yang aku hadapi berkenaan
isu MC yang dikeluarkan oleh hospital kerajaan.

Aq sbnarnya budak praktikal kat satu company IT kat bandar KL ni.
Aq baru je start praktikal january yang lalu.

Nak dipendekkan cite, pada 17 Jan yang lalu,
aku telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Di mana kemalangan tu telah menyebabkan, jari kanan aku hampir putus dan ada sdikit keretakan pada jari aku ( tulang patah). nak attach photo risau lak ada yg pengsan nengoknye :)..

Aku telah di tahan di wad selama sehari di Hospital KL untuk membuat pembedahan, setelah selasai pembedahan pada jari aku.
Keesokannya nurse telah memberi kebenaran untuk aku keluar daripada hospital dengan disertakan Bil rawatan (ingatkan hospital kerajaan free) dan juga MC yang bernilai 15 hari(isu utama) serta 1 temu janji dengan Jabatan Ortopedik (bahagian pakar tulang dan trauma x silap) selepas MC tu tamat , last day MC.

Aku call office aku, dan seorang receiptionist ala2 wanita menjawab panggilan,
aku pun inform kes aku kepada dia, dengan nada tidak percaya, dia pun cakap "Erm, ok, nnt bagi MC" tanpa sebarang ucapan takziah(xpe xperlu pun).

Setelah syok bercuti (berehat sesi pemulihan) ....
akhirnya tiba la last day MC aku, di mana hari itu juga aku kena
pergi ke Jabatan ortopedik tu untuk sesi temu janji,
setelah pemeriksaan dan ujian x-ray sekali lagi,
doktor yang tengah diagnose aku pun membuka gambar x-ray tangan aku, seperti yang boleh dijangka, tulang aku masih patah lagi,
dan doktor pun memulakan sesi doktor2 dia kat meja dia(tulis2 n diagnose kot), pastu dia pun kata, urm lepas ni awak pergi bukak jahitan kat unit ..... , awak blaja ke keje, aku pun bagitau aku praktikal, dan dia pun keluarkan 1 lagi MC (kira extend MC), dan MC tersebut bernilai sebulan, kalau total up hari MC aku adalah 15 + 30 = 45 hari, dan 1 temu janji lagi 6 minggu dari tarikh tu.

Selepas keluar dari hospital, aku bergegas menghubungi office aku untuk inform perkara tersebut, tetapi tiada sesiapa pun yang menyambutnya(rupa2nya receiptionist tu on leave). Oleh yang demikian, aku pun xbleh wat pape, then pada petang harinya salah seorang pekerja kat situ telah online d YM, dan aku telah menceritakan perihal aku yang latest untuk dia inform kepada pihak yang berkenanan.

Setelah aku bercuti(rest n recover balik Penang tempat family) untuk MC yang kedua, 5 hari macam tu, receiptionist ala-ala wanita itu pun menelefon saya dan bertanya bila aku akan masuk keje balik ,aku pun inform dia yang aku MC sehingga 2/3/2011 tapi kalau aku rasa sembuh dah btol2 sembuh, sebelom tarikh tu lagi aku akan masuk.

dia pun membebel la kata bos sbnarnya x brapa suka dengan situasi aku ni, masuk-masuk je lepas tu terus cuti (xde akal apa, aku nak sangat ke xcdent ni, aku nak sangat ke jari aku hampir putus lolz... org ni x pcaya takdir ke ???, kalau boleh transfer xcdent aku aritu nak je aku bagi dia xcdent + cuti yang aku dapat tu, then biar aku dok opis tu), pastu cakap aku, aku ni cuti tanpa sebarang proof, sekarang ni sekadar cakap kat mulut je, unless MC aku ada kat tangan dia (masalahnya aku x balik keje lagi pun, dah bleh judge aku ada proof ke x de, unless la aku balik keje2 je nanti aku x bagi sebarang MC ni, dalam situation aku tengah MC lagi ni).......

Then aku pun tension la skit sebab aku bcadang nak bagi dia MC tu keesokan harinya. Masalahnya, dah la aku xde sapa-sapa kat KL, aku plak ada kat Penang, aku ada seorang kawan je kat KL tu tapi macam mana nak minta dia tolong pass sebab dia pun ngah praktikal, time keje dia pun keje, mcm mana nak pass up MC, then last2 aku minta adik dia tolong aku passkan MC aku.

Adik kawan aku telah menjalankan amanahnya dengan jayanya,
so kira story end la, dan aku akan masuk balik keje bila aku dah rasa aku sembuh or bila MC aku dah abis.

Tetiba, pagi tadi aku terima panggilan, tapi aku x jawab sebab aku masih tido lagi, tetiba kawan aku call, dia kata tadi receiptionist company ko call aku, dia kata ko terima TERIMINATION NOTICE ..... ?????:o:o:o

What The .....

then aku pun mula la komplen ngan kawan aku,
1. Aku budak praktikal, dan bukan tenaga utama dorank,
aku dihantar institut untuk belajar kat sana. So what problems dorang sampai ada masalah bila aku tiada ???
2. Aku dah masuk keje 5 hari, tapi aku x dapat gaji pun sebab lepas tu aku xcdent dan MC. So , apa lagi masalahnya , duit dorang x bayar pun kat aku, even orang keje biasa2 pun sehari ada gaji, ni aku 5 hari gaji x da langsung, aq x bising ....
tapi diorang ????
3.Gaji aku dorang bayar... tapi reimburse dengan MDec gak nnt (claim). So bukan dorang yang bayar aku .....
4. Time aku xcdent company tak tanggung aku sesen pun, aku x layak pun terima sebarang faedah insuran, dorang suh aku g institute tanya pasal insuran aku.
5. Aku cuti secara legal, bukan nak cuti ikut sedap aku je, aku dalam proses rest n recover... MC bukan swasta aku dapat dari hospital KERAJAAN .... di endorse oleh Doktor.

sekarang ni satu aku nak cakap, company tu akan tanggung aku ke kalau ketika proses nak pergi kerja @ bekerja dalam keadaan aku x sembuh sepenuhnya dan berlaku masalah, bagi aku ada sebab doktor bagi aku MC sebulan, kalau x dia x bagi macam tu, receiptionist tu nak tanggung ke kalau jadi apa2 kat aku, example tulang aku tbengkok or ape2 ... time aku xcdent pun x tanggung ni kan pula kalau jadi papa kat aku ???~X(~X(

So sekarang ni aku nak minta pendapat-pendapat dari para CGrian apa yang aku bleh buat thadap company ni ?

sebab aku berdepan dengan Gagal Mata Pelajaran Praktikal jika di buang dari praktikal ( x pasti lagi, tapi kalau tanpa sebab akan gagal).

Kepada yang berada di luar sana...
berhati-hati kalau nak pilih tempat keje..
company tu nama Forest Interactive.
 
Last edited:
ko rujuk dl ngan lec yg handle bhgn praktikal...
kalo kn gak terminate, try ckp kat lec 2 ko nk apply tmpt ln ngan cover blk sebln yg ko mc 2...
kira tmbh sebln la ko pny praktikal...
 
ko rujuk dl ngan lec yg handle bhgn praktikal...
kalo kn gak terminate, try ckp kat lec 2 ko nk apply tmpt ln ngan cover blk sebln yg ko mc 2...
kira tmbh sebln la ko pny praktikal...

betul
rujuk balik kat tempat ko blaja
MC ko ade lg tak
kalo xde ko mintak balik kat opis lama ko
kalo opis ko ckp xde, ko bakar je opis tu trus
 
gilo aper?

nak kena saman ker?
 
ini bkn mslh MC dr hospital tak valid tp company tmpt ekau practical ni yg sengal ....
 
original mc still ade ke ko dah pass kat company sengal ko tu?
kang kat lec ko pun xleh nak proof..
 
5. Aku cuti secara legal, bukan nak cuti ikut sedap aku je, aku dalam proses rest n recover... MC bukan swasta aku dapat dari hospital KERAJAAN .... di endorse oleh Doktor.

MC hosp. kerajaan valid..sbb MC dpd hosp./klinik kerajaan plg ssh nk dpt...
 
5. Aku cuti secara legal, bukan nak cuti ikut sedap aku je, aku dalam proses rest n recover... MC bukan swasta aku dapat dari hospital KERAJAAN .... di endorse oleh Doktor.

MC hosp. kerajaan valid..sbb MC dpd hosp./klinik kerajaan plg ssh nk dpt...

MC hosp kerajaan PALING VALID
ko keje mane2 pun walaupun kedai mamak, mmg xley bangkang MC nih
:)paid
 
lulus gagal pratikal ko tu bukan ditentukan oleh company tu...
 
praktikal pun kena terminate ke?ish ish.....if inye pun tulih je dlm prestasi TT....:):)
 
Back
Top
Log in Register