BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBPP Batal Lesen Anjing, Kompaun Pemilik RM250

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,159
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,159
Reaction score
346
Points
141

MBPP Batal Lesen Anjing, Kompaun Pemilik RM250​

716908a44d1bbc889a84477022676e506a96c0821cd5b


Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membatalkan lesen seekor anjing dan mengenakan kompaun RM250 terhadap pemilik haiwan itu susulan kejadian serangan terhadap seekor anjing liar di Tanjung Bungah di sini.

Datuk Bandar MBPP Datuk A. Rajendran berkata tindakan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil (Anjing-Anjing) MPPP 1977 susulan kejadian yang tular di media sosial itu.

“Anjing berkenaan masih belum diserahkan kepada pemiliknya yang turut dinasihatkan supaya membuat laporan polis.

“Pemilik anjing itu memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa haiwan berkenaan dibawa berjalan oleh individu lain pada hari kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video seekor anjing peliharaan menyerang anjing liar hingga menyebabkan kecederaan di Tanjung Bungah dan terdapat seorang lelaki memegang tali anjing peliharaan itu ketika insiden berkenaan.

Kejadian itu turut mencetuskan kebimbangan orang ramai.

 
Back
Top
Log in Register