BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBIP Keluar Notis Henti Niaga Terhadap Network School Di Forest City - Onn Hafiz

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

MBIP Keluar Notis Henti Niaga Terhadap Network School Di Forest City - Onn Hafiz​

ccec776a277967bcf3aa72b3c4a580136a5a4d311784c

Kredit : FB Onn Hafiz Ghazi

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengeluarkan Notis Henti Niaga terhadap premis dikaitkan dengan operasi Network School di Forest City, berikutan kegagalan syarikat berkenaan mematuhi syarat lesen perniagaan dan penggunaan premis ditetapkan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tindakan penguatkuasaan tersebut merupakan hasil siasatan pihak berkuasa tempatan terhadap operasi syarikat terbabit yang didapati menyalahgunakan premis pejabat urusan sebagai ruang aktiviti pendidikan.

"Hasil pemeriksaan mendapati syarikat beroperasi di dua premis, iaitu satu premis mempunyai lesen pejabat urusan yang sah, manakala satu lagi premis didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan MBIP walaupun dimiliki warga tempatan.

"Selain itu, pihak syarikat juga didapati telah melanggar jenis perniagaan yang dibenarkan iaitu pejabat urusan dan menggunakannya sebagai ruang kelas serta promosi perniagaan tidak dikemukakan permohonan secara terperinci," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Susulan pelanggaran tersebut, beliau berkata MBIP secara rasmi telah mengeluarkan Notis Henti Niaga IP012N260714001 terhadap premis yang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

Selain itu, pihak MBIP turut mengeluarkan Notis Lesen Iklan (6103) di bawah Seksyen 107(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana mempamerkan papan iklan yang tidak mematuhi syarat dan tidak selaras dengan kelulusan diberikan.

Onn Hafiz berkata Kerajaan Negeri Johor memandang serius perkara ini dan MBIP akan meneruskan siasatan terhadap semua aspek di bawah bidang kuasanya.

"Sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan yang berkuat kuasa, tindakan penguatkuasaan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Mengenai status kemasukan warga asing yang dikaitkan dengan sekolah terbabit, Onn Hafiz berkata perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan pihak kerajaan negeri mendesak agar keputusan segera serta muktamad diberikan berhubung status individu serta operasi sekolah berkenaan.

 
bahaya ni..nak jadikan perkampungan Zionis pertama di Malaysia

dengan alasam guna Tech Startup
 
Back
Top
Log in Register